Friday, April 8, 2011

Harakah Anti Mat Sabu?

Salam,

Dalam Harakah ada banyak artikel yg mengandungi tuduhan mengatakan UMNO menggunakan video lucah utk menjatuhkan pemimpin kanan pembangkang. Umno telah menafikan dan Datuk T juga menafikan Umno terlibat dgn pendedahan video lucah tersebut. Jadi, tuduhan pakatan pembangkang tersebut adalah fitnah jika tk ada bukti, fitnah ni setau kita berdosa besar..

Oleh kerana Harakah selalu sangat balun kerajaan dan UMNO hari ni kita nk tanya Harakah dan penyokong2 parti PAS:

APABILA MAT SABU GELAR ANWAR IBRAHIM 'AL JUBURI' DULU KENAPA HARAKAH TK LARANG DAN KATA ITU POLITIK AIB?

Ooo bila geng sendiri buat 'politik aib' tk pa, org lain yg belum tentu salah silap ko lanyak je, apa punya busuk punya surat kabar..

Politik aib: JK Fatwa dituntut keluar pendirian rasmi
Aziz Muda   
PUTRAJAYA, 8 April: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dituntut mengeluarkan pendirian rasmi berhubung isu politik mendedahkan aib yang kini sedang bermaharajela dalam negara ini.

Tuntutan tersebut dibuat atas dasar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memiliki kuasa untuk mengadakan Sidang Panel Kajian Syariah bagi membincangkan isu yang dikemukakan oleh masyarakat.

Para pemimpin pelajar dalam tuntutannya menggesa jawatankuasa itu menyatakan pandangan Islam dengan jelas terhadap budaya politik seperti itu yang kini ternyata semakin mencelarukan lagi suasana politik dalam negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang Talib menegaskan, PMIUM amat kesal apabila kesemua pemimpin yang terlibat dalam permainan politik aib itu adalah mereka yang beragama Islam.

Menurut beliau, hal itu secara tidak langsung boleh mendatangkan persepsi negatif masyarakat khususnya yang bukan Islam terhadap ajaran Islam.

Katanya, oleh itu, pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu amat perlu bagi memberikan kefahaman kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa Islam melarang keras budaya itu, di samping menyediakan hukuman tegas bagi sesiapa sahaja yang cuba mengamalkan budaya yang tidak sihat seperti itu. ...

1 comment:

  1. Sepatutnya isu ini hendaklah dilihat secara menyeloroh dan jangan diminta fatwa hanya bertujuan untuk membela seseorang yang kita sokong.Sewajarnya perkara ini perlu dilihat juga dari aspek mencegah kemungkaran dan mencari kebenaran. Jika penggunaan bukti2 nyata seperti video,DNA dan lain2 bukti boleh mencegah kemungkaran dan menyelamatkan umat Islam dari terus membuat maksiat, perkara ini juga perlu diteliti sebelum memohon fatwa yang hanya seolah2 ingin menyembunyikan aspek2 kemaksiatan yang berlaku. Jadi penelitian yang menyeloroh lebih adil daripada menyempitkan isu yang mungkin akan membiarkan kemaksiatan terus berleluasa. W'Allahualam.

    ReplyDelete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.