Wednesday, March 9, 2011

Kerjasama PAS & DAP - Satu Penjelasan (dan kebejatan) oleh PAS!

Tuan2 baca dulu penjelasan Nasrudin Hassan di bawah dan tulis pandangan Tuan2 dlm ruang komen.  Ni pandanagan saya:


1.      Di point No. 7 Nasrudin Hassan menulis:Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman: Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :

 شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .”

Point dan hadis yang ditulis oleh Nasruddin hanya menyatakan halal mengadakan kerjasama dgn org kafir – perkara ini sudah diketahui oleh kebanyakan orang. Persoalan yang tidak dijawab ialah mengapa PAS senang bekerjasama dgn ORG KAFIR, tetapi bila org UMNO/Islam datang mencadangkan kerjasama mereka dgn angkuh menolaknya?
 
PAS mengatakan UMNO pernah mengkhianati mereka satu masa dahulu dan PAS tk dapat memaafkan, tetapi PAS boleh berlembut dan bekerjasama dgn DAP.
 
Tahukah PAS bahawa DAP pernah bawa penyapu besar dan nk sapu semua org Melayu/org Islam keluar dari Kuala Lumpur masa mereka menang pilihanraya di hujung tahun 60an? Perangai UMNO dulu PAS tk boleh maafkan tapi tindakan DAP ni PAS boleh maafkan? Rasulullah kata berlemah lembutlah dgn org Islam ttp bertegas dgn org kafir, PAS pulak berlemah longlai dgn org kafir tetapi berkeras dgn org Islam UMNO. Tak ikut cakap Rasul ke?

2.      Kemudian Nasrudin menulis satu analogy: rumah beliau dimasuki pencuri dan beliau tk dapat tangkap pencuri tersebut. Kemudian datang org india, cina berikrar utk bekerjasama dgn beliau utk menangkap pencuri tersebut. Dan beliau buat kesimpulan – “Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.” 

Nasrudin, hanya kerana hilang RM134 dan ikrar utk bekerjasama beliau jatuh percaya kpd org bukan Islam.Mudahnya terpedaya..

Sepatutnya Nasrudin tambah skt lg, selepas beberapa lama saya bekerjasama dgn org cina dan india, datang org Islam (UMNO) nk bekerjasama dgn saya. Saya (PAS) dgn keras dan maki hamun menolak kerjasama dgn org Islam (UMNO) tersebut. Saya (PAS) belajar di Mesir tetapi saya (PAS) takkan kerjasama dgn org Islam (UMNO) itu.

PAS sanggup bekerjasama dgn org DAP dan bantai org Islam UMNO, Allah SWT tk lalai, Allah akan balas kebejatan PAS ni..  




Kerjasama PAS dan DAP: Satu Penjelasan | Print |
Nasrudin Hassan   

1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :

 شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .  Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu.

Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني واشتكى

Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .

Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO  menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal  ? :

Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.

Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?

8 comments:

  1. anta boleh tulis dan beri penjelasan yang berjela-jela sampai berbuih mulut tapi hakikatnya pas adalah anjing dap.

    matlamat menghalalkan cara. kalau tak ada parti perantara seperti semangat 46 dan pkr, akan adakah hubungan di antara pas dan dap?

    ReplyDelete
  2. Pergi mampus lah PAS, dengan kafir DAP boleh kerjasama, dengan UMNO yang Islam tak boleh.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...lucu sungguh ceritera nasha nie...ape anta x tringin nak masuk Maharaja Lawak ke? X silap lumayan tu hadiah die...sia2 la anta blaja smpai ke mesir kalo x cube...anta amik jurusun komedi kan?

    ReplyDelete
  4. KENAPA SEKARANG PAS DENGAN RELA BEKERJASAMA DENGAN DAP?? ADAKAH PAS TELAH LUPA BAGAIMANA MEREKA MELABELKAN AHLI UMNO ADALAH 'KAFIR' KERANA BEKERJASAMA DENGAN MIC DAN MCA?? DAN SEKARANG BOLEH PULA MENGELUARKAN SABDA NABI BAGI MEMPERSETUJUI TIDAKAN PAS UNTUK KERJASAMA DENGAN DAP. WAHAI RAKAN ISLAMKU, JANGANLAH GUNAKAN SABDA NABI ATAU AYAR AL-QURAN HANYA SEBAGAI ALASAN POLITIK ANDA. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI NIAT YANG TERPAHAT DI HATI ANDA.

    ReplyDelete
  5. APA YANG DIKOMEN OLEH PENULIS BLOG INI ADALAH MERUPAKAN HUJAH YANG TERBAIK DAN SANGAT BOLEH DITERIMA, TAHNIAH BRO. KENAPA NASHA HANYA SEBUT BAB PENCURI, KENAPA TAK SEBUT BAB TENTERA ISLAM LAWAN TENTERA KAFIR? MASIH BOLEH BERKERJASAMA DGN KAFIR UNTUK LAWAN KAFIR?. KALAU IKUT ALQURAN, BERAPA BANYAK SERUAN UNTUK PERPADUAN ISLAM DAN BERAPA BANYAK PULA SERUAN UNTUK BERPADU DENGAN KUFFAR UNTUK MENENTANG ISLAM? SOROK MANA YANG TIDAK MENYEBELAHI KITA, DAN BUKA MANA NAS YANG MENYEBELAHI KITA.
    INILAH CONTOH BAKAL 'ULARMAK' YANG AKAN MEROSAKAN PEMAHAMAN UMAT TERHADAP AGAMA YANG SEBENAR, BERTAUBAT NASHA, JADI NEUTRAL DAN JANGAN BERJUANG BERLAPIKKAN POLITIK, NANTI ANDA AKAN BIAS DAN TERSESAT.

    ReplyDelete
  6. Antara PAS dan Golongan Sufi, baik lagi golongan Sufi, mereka tak buyers. Kalau dah parti politik, mana ada yang sanggup nak mengaku kesilapan parti sendiri atau ahli serta pemimpn sendiri. Parti berjuang demi kuasa bukan demi menegakkan Islam. Apabila berkawan dengan Islam, perjuangan negara Islam dah diketepikan. Kalau golongan sufi, mereka hanya takutkan Allah saja dan berjuang mendapat keredaannya.

    ReplyDelete
  7. amboih korang..cakap hebat lebih dari para ulamak dlm PAS..korang ni ilmu dah byk sgt ke nk lawan ulamak, majlis syura, mereka2 yg dah mendalami bidang agama dan politik Islam? sbg penyokong bola sepak, korang jgn cakap lebih lantang drp pemain sendiri..pemain lebih arif dalam selok belok permainan, dari segi teori dan praktikal..presiden pas pernah bermimpi berjumpa dgn Rasulullah SAW 3x..presiden UMNO dh berapa kali? klu Tuan Guru ni sesat, takkan la Nabi nk jumpa..ye x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejuang Islam@ KALUko nak tau IBLIS lagi hebat....kalu nak dibanding kan dengan president pass dan nabai peresiden dia... termasuk ko sekali.... iblis nie kenai allah.... geng ngan para malaikat...
      Tapi ko kena ingat.... IBLIS pon tergelincir.... takat tok guru hang tu... kecik laaaaaa... yg sedihnyer aku kat org org macam ko nie... pakai jer serban beso... tapi mengaji tak pandai...

      Delete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.