Saturday, May 14, 2011

Harakah & Video Seks Anwar & VCD Cetak Rompak!

Salam,

Saya baru balik dari pasar malam tadi. Di pasar malam ada gerai jual vcd dan dvd, saya tgk ada nasyid yg bagus utk anak saya dan saya beli satu. Kebanyakan gerai cd dan vcd agama di pasar2 malam saya rasa penjualnya ahli pas. Sebab selain vcd nasyid ada juga dijual vcd ceramah pemimpin pas dan pakatan. Penjualnya pun kalau wanita mesti bertudung labuh, jadi mungkin ahli pas lah (atau mungkin ahli DAP); kalau mereka anggap pas tu agama maka mereka tu penganut ugama pas hehehe..

Cuma saya tengok perangai penjual cd pas ni mereka menjual sama vcd cetak rompak kartun tempatan terutamanya kartun Upin & Ipin. Kalau ada di antara tuan2 ni ahli pas maka tegurlah penjual cd pas, katakan 'menjual cd cetak rompak tu hasilnya haram'. Jual cd cetak rompak adalah seperti menjual barang curi! Saya dh cakap kpd dua gerai, harap tk berlaku lagilah..

Bila cerita tentang vcd ni, boleh la kita bercerita tentang video seks yg berkaitan dgn anwar ibrahim juga. Saya ada baca presiden pas haji hadi pernah kata lebih kurang begini 'Aib/keburukan pemimpin boleh didedahkan kerana umat perlu tahu supaya umat boleh memilih pemimpin yg elok dan menolak pemimpin yg tk elok'. Saya setuju, jadi saya setuju jika didedahkan video ni dan diberi kepastian oleh pihak berkuasa samada pelaku video itu 'lakonan' si ketua pembangkang atau tidak. 

Kalau si anu bukan pelakon dlm video seks tu maka bersihlah dia tetapi jika si anuwau adalah pelakon dlm video tu maka takkanlah pas mahu si anu kekal menjadi ketua pembangkang? dan seterusnya menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pru-13. Kepada pas, jgn sokong ketua pembangkang tu membabi buta. DAP pun tk sokong ketua pembangkang membabi buta walaupun depa makan babi. Kenapa bodoh sangat?

Tengok artikel Harakah di bawah. Saya rasa artikel yang ditulis adalah propaganda utk mengatakan ketua pembangkang tu suci murni. Tuan2 boleh menilai sendiri:

Dari artikel ni kita dapat lihat ada dua perkara yg tk patut telah dibuat. Pertama dasar 'double standard' bila anuwar dituduh buat salah video yg sahih pun PAS tk mahu terima sbg bukti. Cuba video tu mengandungi perlakuan ahli umno maka saya rasa ramai ustaz pas akan caci maki mcm orang kata mat sabu caci maki anwar sbg al-juburi dulu. 

Kedua, Syeikh Dr Wahbah ni tk tau hujung pangkal pasal video ni tiba2 dia kata anwar suci bersih, ini tk sepatutnya berlaku. Allah lebih tahu.


Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.  Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H...