Friday, April 8, 2011

Harakah Anti Mat Sabu?

Salam,

Dalam Harakah ada banyak artikel yg mengandungi tuduhan mengatakan UMNO menggunakan video lucah utk menjatuhkan pemimpin kanan pembangkang. Umno telah menafikan dan Datuk T juga menafikan Umno terlibat dgn pendedahan video lucah tersebut. Jadi, tuduhan pakatan pembangkang tersebut adalah fitnah jika tk ada bukti, fitnah ni setau kita berdosa besar..

Oleh kerana Harakah selalu sangat balun kerajaan dan UMNO hari ni kita nk tanya Harakah dan penyokong2 parti PAS:

APABILA MAT SABU GELAR ANWAR IBRAHIM 'AL JUBURI' DULU KENAPA HARAKAH TK LARANG DAN KATA ITU POLITIK AIB?

Ooo bila geng sendiri buat 'politik aib' tk pa, org lain yg belum tentu salah silap ko lanyak je, apa punya busuk punya surat kabar..

Politik aib: JK Fatwa dituntut keluar pendirian rasmi
Aziz Muda   
PUTRAJAYA, 8 April: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dituntut mengeluarkan pendirian rasmi berhubung isu politik mendedahkan aib yang kini sedang bermaharajela dalam negara ini.

Tuntutan tersebut dibuat atas dasar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memiliki kuasa untuk mengadakan Sidang Panel Kajian Syariah bagi membincangkan isu yang dikemukakan oleh masyarakat.

Para pemimpin pelajar dalam tuntutannya menggesa jawatankuasa itu menyatakan pandangan Islam dengan jelas terhadap budaya politik seperti itu yang kini ternyata semakin mencelarukan lagi suasana politik dalam negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang Talib menegaskan, PMIUM amat kesal apabila kesemua pemimpin yang terlibat dalam permainan politik aib itu adalah mereka yang beragama Islam.

Menurut beliau, hal itu secara tidak langsung boleh mendatangkan persepsi negatif masyarakat khususnya yang bukan Islam terhadap ajaran Islam.

Katanya, oleh itu, pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu amat perlu bagi memberikan kefahaman kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa Islam melarang keras budaya itu, di samping menyediakan hukuman tegas bagi sesiapa sahaja yang cuba mengamalkan budaya yang tidak sihat seperti itu. ...

Thursday, April 7, 2011

Harakah Standard Cap Ayam

Salam,

Bila sesuatu parti politik bercita-cita ingin memerintah sesebuah maka parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya mestilah mempunyai standard sebagai pemerintah. Jika parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya standardnya hanya macam budak malas pegi sekolah maka tk payah la berangan.

Tengok artikel di bawah, seorang pemimpin kanan PAS berkata:

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

Tuan Dr Lim sayang, Nazri Aziz kata Azizah bukan pakar maksud dia ialah Azizah bukan pakar yg boleh betul2 boleh kenal individu di dalam video rakaman tu. 

Ini kerana video rakaman itu ada aspek-aspek teknikal yg perlu diambil kira seperti distortion atau biasan imej yg disebabkan oleh kanta kamera. Kanta kamera yg kecil yg digunakan utk mengambil video tersebut menyebabkan imej tepi menjadi melengkung (ini boleh menyebabkan perut pelaku kelihatan buncit bila beliau berada di sudut tepi imej kamera).

Jadi, hanya pakar yg berkelayakan sahaja yg boleh mengenalpasti dgn tepat siapa individu sebenar dlm video - inilah apa yg nk dikatakan oleh Nazri Aziz.

Jadi, kepada pemimpin PAS jgn la memberi pandangan yg tk berapa 'kena' dan kepada Harakah jika jumpa pandangan yg tk masuk akal jgn la laporkan. JIKA HARAKAH MELAPORKAN ATAU MENULIS ARTIKEL TK BERKUALITI MAKA SELURUH UMAT ISLAM MENDAPAT MALU. KALAU ORG KAFIR BACA TULISAN HARAKAH NI MALU KITA SEMUA UMAT ISLAM!


KEMUDIAN HARAKAH MASUKKAN PERKARA TAMBAHAN - UMNO YG MEMBUAT VIDEO TU. MANA BUKTI UMNO BUAT VIDEO TU? KALAU TKDE BUKTI INI FITNAH, DOSA KERING TAMBAHAN NIH!

Budak tadika lebih tahu dari Nazri
Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

(Gambar: Sidang media Wan Azizah yang berkata, "Itu bukan Anwar")

...

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.

Tuesday, April 5, 2011

Bahu Harakah Senget Sebelah

Laporan Harakah tentang skandal seks seorang pemimpin kanan pembangkang sangat tidak adil.

DALAM BANYAK TULISAN HARAKAH ISU YANG DIMAINKAN IALAH:

1. VIDEO LUCAH TIDAK BOLEH DITAYANGKAN ATAU DITENGOK KERANA IANYA BERDOSA.

2. VIDEO SEKS DGN PELACUR INI ADALAH KONSPIRASI DAN FITNAH YG DIBUAT OLEH UMNO.

KITA NAK TANYA HARAKAH:

1. YANG MANA LEBIH BERAT DOSA, BERZINA DGN PELACUR ATAU MENONTON ORG BERZINA DGN PELACUR? LEBIH PERHATIAN DIBERI OLEH MEDIA PERDANA DAN ORG AWAM TERHADAP VIDEO LUCAH INI KERANA TUDUHAN MELIBATKAN PEMIMPIN NEGARA.

KALAU SKANDAL INI MELIBATKAN KERANI PEJABAT POS ATAU PENDATANG ASING YG JUAL APOM BALIK KT PASAR MALAM MEMANG LAH ELOK KITA DIAMKAN SAHAJA.

PENAYANGAN VIDEO LUCAH KPD AWAM MEMANGLAH ISU YG PENTING UNTUK DIBENDUNG OLEH KERAJAAN TETAPI ISU YG TERLEBIH PENTING IALAH ADAKAH PELAKU SEKS DLM VIDEO TERSEBUT IALAH PEMIMPIN TERTINGGI PEMBANGKANG?

HARAKAH SEPATUTNYA MENYOKONG USAHA UTK MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA UTK MENYIASAT SAMADA BENAR PEMIMPIN TERBABIT TERLIBAT DGN PELACUR ATAU PUN TIDAK.

KITA TK MAU PEMIMPIN NEGARA KITA NI, DARI PIHAK KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG, MELANGGAN PELACUR! KALAU HARAKAH RELA ITU HARAKAH PUNYA PASAL, SAYA DAN RAMAI LG RAKYAT MALAYSIA TAK MAU!

2. INI FITNAH. TIGA DATUK YG MENGELUARKAN VIDEO NI DH KATA MEREKA TIADA KAITAN DGN UMNO DAN UMNO PUN DH MENAFIKAN JUGA. APA BUKTI HARAKAH MENULIS UMNO TERLIBAT? JIKA TKDE BUKTI TUDUHAN HARAKAH INI ADALAH FITNAH!

Apa pendapat Tuan-tuan?

Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 5 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.
“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.
“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi....