Thursday, July 28, 2011

Harakah Sokong UMNO! GEMPAR!

Salam,

Harakah sokong UMNO? Kalau ada rasa sayang org Islam PAS kepada org Islam UMNO, walaupun sikit, memang baik sgt la.

Adalah sikit berita yg PAS setuju dgn Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bila majlis nk larang wanita Islam bekerja sbg GRO tahun depan. Alhamdulillah. 

Kita tengok ayat pertama berita tulisan Harakah ni menyindir je - "Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan...". 

Apa salahnya Harakah tak tulis perkataan spt menyindir tu, kalau tulis pasal DAP ponggong apek tu pun mcm sanggup dijilat, tapi bila tulis tentang saudara seIslam sendiri disindir-sindir. Berdosa tau..

Selamat malam Jumaat, saya nk tidur dah, kalau ada salah dan silap harap diampunkan olehNya. Kalau ada salah dan silap dgn Tuan2 dan Puan2 maafkan saya juga.

PAS sokong larang wanita Islam jadi GRO
Khairil Abdul Rahim   
KUANTAN, 28 Julai: Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.

Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Husin, berkata apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

“Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.

“Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.

“Sebab itu kita sokong tindakan terbaru MPK tetapi tidak mahu pernguatkuasaan bermusim, biar konsisten,” katanya kepada Harakahdaily. ...