Monday, April 11, 2011

Harakah Tk Paham Subsidi Minyak

Salam,

Ramai org tk faham sistem subsidi petrol yg kerajaan Malaysia laksanakan sekarang ni. Kalau org awam tk faham boleh dimaafkan. Tetapi kalau sebuah akhbar parti iaitu Harakah dan penulis tersohornya dan juga pemimpin PAS tk faham sistem subsidi ni, memang memalukan (rujuk artikel di bawah).

Dh la benda simple mcm ni pun tk faham, lepas tu kritik sistem subsidi petrol ni dan sesatkan/kelirukan org ramai. Jadi org panggil org jahil pasal subsidi petrol mengajar pasal subsidi ni kpd org lain, jadi jahil bertingkat-tingkat.

Sistem subsidi petrol kerajaan tu secara ringkas adalah begini:

1. RON95 disubsidi oleh kerajaan, dan harganya tk berubah sekian lama. Ianya utk semua rakyat.

2. RON97 harganya diapungkan secara terurus oleh kerajaan (managed float), dan harganya mungkin berubah setiap bulan. Harga RON97 naik apabila harga minyak dunia naik. 

Sebab mengapa RON97 tidak disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan ialah RON97 ni barang mewah seperti Shell VPower tu. Siapa mampu boleh pakai RON97, kerajaan tk paksa.

Berkenaan harga barang yg meningkat, saya tk berani komen cuma saya tahu dari sudut ekonomi harga barang terutamanya barang import sangat sukar utk dikawal. 

Bukan boleh guna ceramah dan derma je utk turunkan harga barang.. kalau boleh guna air liur je dh lama kerajaan buat..

Pendapatan rendah, belanja yang tinggi
  
SUDAH dua tahun kerajaan yang hendak mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melancarkan matlamat menjana rakyat berpendapatan tinggi.

Ia satu matlamat yang lebih maju ke depan dari sekadar membasmi kemiskinan yang diperjuangkan oleh para perdana menteri yang lalu. Ia bukan sekadar tidak ada lagi orang miskin, bahkan lebih dari pendapatan sederhana. Berpendapatan tinggi samalah dengan menjadi kaya.


Sekalian rakyat menunggu saat tibanya tuah berpendapatan tinggi itu. Bila? Sepuluh tahun? Lima belas tahun? Dua puluh tahun? Atau mati dulu generasi yang  ada ini baru masing-masing berpendapatan tinggi.

Sementara menunggu menjadi kaya, diuji dulu rakyat dengan amalan meneruskan kenaikan harga minyak. Yang dahulu dibincangkan dulu, bila minyak hendak dinaikkan. Riuh sekampung bagi menaikkan dua tiga sen seliter. Semasa membentangkan bajet barulah Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mengumumkan kenaikan harga minyak.

Sejak kerajaan rakyat didahulukan ini, sedar-sedar minyak naik dan berkali-kali.

Pendapatan belum naik tetapi perbelanjaan sudah naik. Orang yang memiliki motosikal jika yang di kampung berpendapatan sederhana tetapi yang di bandar berpendapatan rendah, bertambah belanja hariannya. Yang bermotokar apa lagilah.

Yang berjimat tidak menggunakan kenderaan sendiri pergi bekerja. Menggunakan kenderaan awam. Tetapi tambang pula naik. Tambang pergi kerja naik dan tambang sekolah anak-anak naik....

1 comment:

  1. yang pelik tu juak2 PAS yang berpelajaran tinggi dan mampu membuat penilaian terhadap infomasi sekeliling masih lagi mempunyai fikiran ditakuk lama! Nak lagi dalam harga minyak sedunia.

    ReplyDelete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.