Wednesday, May 4, 2011

Harakah Spin (Putar Belit Berita) Tahap Maksimum!

Salam,

Malam yg lepas saya 'berlawan' dgn seorang penyokong PAS dalam ruangan komen sebuah blog popular. Bukan apa, si penyokong ni kata tujuan dia tulis komen ialah nk tarbiah pembaca yg terdiri drpd org pro-BN. Tarbiah apa, tulisannya mengandungi bahasa kotor, bahasa kesat termasuk memanggil org lain dgn nama binatang. Rasulullah tk ajar tarbiah begitu..

Kita faham Harakah ni akhbar parti dan ia berfungsi juga sbg wadah utk meningkatkan semangat ahli PAS. Tetapi artikel yg saya pilih hari ni (lihat bawah) adalah contoh putar alam tahap maksimum dan tahap kelakar kalau bukan ahli pas baca hahaha. 

Point2 kelakar yg kita boleh ulas:

1. Tajuk - 'umno terhegeh-hegeh cari simpati pas'? Mcmana boleh jadi macam ni, setakat yg kita tahu bukan UMNO cari simpati pas tapi UMNO pelawa pas utk bersekutu demi penyatuan org melayu Islam di negara ni. 

2. UMNO 'tersepit dan terdesak' nk bersekutu dgn pas? Ini lawak tahap max kerana melihat kpd rekod pilihanraya kecil UMNO sekarang adalah kuat. PAS yg lemah dan terdesak sebab org melayu dh tk sokong pas, di melaka pas kalah di kerdau pun pas kalah. Ahli dap je sokong pas itu pun mungkin sebab PAS tunduk kpd ronnie liu di selangor, itu pasal olang dap manyak sayang.

3. 'Setiap hari media massa memburukkan pemimpin PAS dan PKR' Ohohoho kesian pemimpin pas dan pkr diburukkan oleh media massa ye. Tak payah mengata org la, baca la Harakah, tiap2 hari Harakah memburukkan pemimpin umno atau/dan kerajaan..

Ada lg beberapa point lain, tuan2 boleh baca artikel penuh jika klik tajuknya.

4. Dan point terakhir 'pakatan rakyat akan menang PRU 13'. Alah PAS, apalah diharap menang PRU 13 bersama pkr dan dap. Saya rasa tk bole menang. PAS pun parti yg paling lemah dlm pr, kalau menang pun menang sorak je. PAS elok bersekutu dgn UMNO la, Islam sama Islam dan Melayu sama Melayu.

Kalau PAS bersekutu dgn UMNO konfirm pas akan menang PRU13, insyaAllah. Bila ada kuasa boleh laksanakan Islam secara satu peringkat demi satu peringkat, jgn gopoh. Come on PAS, buang yg keruh ambil yg jernih..

Umno kini terhegeh-hegeh cari simpati PAS
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat ‘orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja’ sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan.

Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka.

Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar.

Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil.

“Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?” soalnya.
................


“PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13,” tegasnya.