Friday, July 1, 2011

Harakah Sokong 'Benda' HARAM!

Salam, sekarang ni sibuk tentang demo Bersih yg akan diadakan pada 9 Julai. Harakah sokong demo HARAM ni. Beberapa perkara berkaitan demo Bersih yg boleh dikongsi:

1. Tunggak utama demo haram ni ialah Ambiga. Beliau adalah seorang peguam yg memperjuangkan kes murtad termasuk kes Lina Joy.

2. Penyokong tegar demo Bersih ini ialah Parti PAS. Perkara ni sangat menyayat hati.

Menyayat hati kerana kita dapat lihat dgn jelas PAS sanggup bermati-matian sokong peguam pro-murtad; tetapi pada masa yg sama bila dengan org Islam UMNO (juga Islam Perkasa), PAS bukan main angkuh dan sanggup hinakan dan maki hamun.

Pada mata org awam mcm saya ni, kami nampak PAS banyak buat silap - silap menyokong membuta tuli anuwar ibrahim, silap tk bersekutu dgn org Islam UMNO tetapi bersekutu dgn kafir DAP dan Ambiga dan silap menulis berita putar belit dlm harakah. Berita dalam Harakah banyak yg seperti racun yg merosakkan hati pembaca, saya tk cakap tentang ilmu agama yg ditulis dlm harakah, saya kata berita yg ditulis dlm harakah.

Satu lg silap PAS yg paling besar ialah PAS ni angkuh; org PAS ramai yg suka maki hamun, membodohkan orang dan mengkafirkan orang. Kalau tk percaya cuba baca komen yg ditulis oleh penyokong2 PAS dalam blog2 yg ada di Internet ni.

Saya rasa tk lama lg kejahatan PAS ni akan dibalas Allah Subhanahu Wa Taa'la. Sebabnya kita lihat dalam sejarah bahawa balasan Allah akan menimpa apabila sesuatu golongan itu angkuh. Keangkuhan PAS ni nampaknya dh maksimum..

3. Bersih kata ia memperjuangkan demokrasi. Kajian yg dibuat oleh MIDAS mendapati majoriti rakyat Malaysia atau lebih tepat 67% tidak menyokong bersih (boleh baca laporannya dalam berita harian online). Jadi, kita ikut demokrasi - BATALKAN DEMO BERSHIT OPPSSS DEMO BERSIH!

4. Demo Bersih ni dah difatwakan haram oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin. Tetapi Ambiga dan PAS masih nak teruskan. Kenapa PAS tak terfikir perhimpunan yg boleh menyebabkan kacau bilau ni boleh jadi hukumnya haram?

Bila dah difatwakan haram isu ini dibaca dlm khutbah. PAS bukannya menyokong tetapi terus mengutarakan hujah separuh matang menyokong Bersih, tengok apa Harakah tulis:

(Memang PAS ni pembangkang total, walaupun kerajaan dan polis buat sesuatu yg betul PAS akan komplen juga)

Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno
Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.

Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.

Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini....