Wednesday, December 7, 2011

Padah Harakah Tulis Artikel Tahap Tisu Jamban!

Akhir2 ini nampaknya Harakahdaily.Net dah ada improvement sikit. Dah kurang sikit artikel2 taraf tisu jamban. Iklan ubat kuat tenaga batin pun dah tk dibuat secara terang-terangan lagi. Tahniah Harakah!


Elok lah, sempena tahun hijrah ni biarlah Harakah berhijrah ke tahap yg lebih baik.


Kita harap Harakah tk tulis artikel tahap tisu jamban lagi, kalau tulis juga inilah akibatnya:


Ummi Hafilda Menang Saman Fitnah Terhadap Harakah

Putrajaya, 7 Dis – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.
Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.
Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.
Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.
Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.
Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.
PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan.
Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk “Malaysia Sweeps 10 Oscars” (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.
Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan. – Bernama

Saturday, November 5, 2011

Salam Idul Adha & Maaf Zahir Batin

Saya mengambil kesempatan mengucapkan salam idul adha. Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca jika ada salah dan silap.


Saya harap saya tk pernah menfitnah sesiapa, saya hanya mengutuk Harakah dan PAS, bukan kutuk atau benci individu. 

Friday, October 21, 2011

Apa Kata Pengundi Islam Tentang PAS:

Salam,

PAS buat ceramah dan mengutuk org Islam UMNO siang malam. Menulis berita tahap terencat akal dlm Harakah. Dan juga bersekutu dgn parti PKR dan DAP. Apa hasilnya?

Hasilnya, kalau nk tahu, adalah seperti yg diluahkan oleh seorang pengundi Islam yg komen dlm satu blog (link: http://www.blogger.com/comment.g?blogID=8967104577391350146&postID=8167981777763092420&page=1&token=1319259045937):


Lucu, lucu. Orang PAS berlombe-lombe pergi ke perhimpunan BERSIH yang dianjurkan oleh Ambiga, seorang peguam yang menyokong murtad. Siap ada yang pura2 mati lagi dan sebelum mati siap sembahyang atas jalan raya.

Tapi bila ada NGO, saya ULANGI, NGO yang menganjurkan perhimpunan utk selamatkan akidah, ramai pencacai serta barua PAS yang memperlekehkannya. Apa sudah jadi ni brader. Peguam murtad hang sokong tapi NGO yang nak buat perhimpunan selamatkan akidah korang ketawakan. Astaga... bawak2 mengucap orang PAS.

Tentang UMNO, tak payahlah orang2 PAS pertikaikan. Dah tentu la orang UMNO ni kafir pada mata orang2 PAS. Jadi kalau diorang tak pergi pun tak apa. Tak jadi kudis. Tapi bila orang PAS yang dikenali sebagai maha suci bebas dari dosa tak nak pergi@menentang maka secara automatik orang2 PAS ini menjadi HAMPAS di mata saya.

Apa lagi yang dapat saya perkatakan. Begitu murahnya maruah orang2 PAS sekarang ini.

akuantiPAKATAN.

October 21, 2011 5:47 PM

Wahai saudara kami org PAS, berjuanglah dgn bijak!

Ni lagi satu komen:

PAS ape kisah pasal murtad ni pun. Dulu kisah la... sekarang ni hanya kesahkan undi dari Cina je....

Sebab tu la agama Islam pun diorg tak kesah boleh jual dengan harga yang murah demi undi. Kalau PKR tolak ketepi la... ketua parti pun amalkan Islam liberal. Anggap semua agama adalah sama, depan belakang pun taruh sama rata je.....


October 22, 2011 7:06 AM

Thursday, September 29, 2011

Harakah Jual Ubat Kuat Tapi PAS Layu!

Salam, hahahaha, nk tergelak betul dgn berita PAS nk laksana hudud tapi DAP tk bagi. Sejak bila pulak nk buat hudud kena mintak kebenaran dgn DAP ni wahai saudaraku org PAS? 


PAS ni kalau ceramah memang power. Tkde la satu parti yg boleh cakap hebat lbh dari PAS. Tengok Mat Sabu.. komunis dia kata pejuang kemerdekaan dan ramai mangkuk hayun dan mangkuk tingkat sokong dia... takbir!!


Dulu kt Selangor org kata penceramah PAS kata kalau kami dapat perintah Selangor kami akan tutup kilang arak. Bila dapat Selangor kilang arak tk tutup pun. Ada sekali Hassan Ali rampas arak pastu kena marah dgn Exco DAP pastu Hassan Ali kena pulang balik arak tu..


Tu la org PAS, jgn besar diri dan angkuh dan mengata org Islam UMNO macam2 yg buruk2 belaka. Sekarang Allah SWT hina parti PAS macam taik - cakap tk serupa bikin, cakap Islam je lebih tapi bila kena gertak dgn DAP terus layu mcm sayur kecut..


Saya tk mau kata tapi dlm blog lain kata Allah dah tunjukkan kebodohan PAS kepada kita semua melalui peristiwa ni.


TETAPI seperti biasa Harakah terus menyiarkan artikel kualiti tahap 'sakit mental' utk melindungi kelemahan PAS (tengok kt bawah ni). Apa yg berlaku ialah PAS gigit jari tk dapat laksana hudud sebab DAP tk setuju tapi Harakah buat artikel kata UMNO pulak yg gigit jari. 


Wahai PAS, tingkatkan la kualiti berita akhbar Harakah ni, memalukan Islam je:


Hudud: Sekarang Umno gigit jari| Print |

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai  keputusan perbincangan, hasilnya  amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.
“Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.
Beliau menambah, sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Datuk Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah.
Datuk Seri Najib pula, ujarnya...

Thursday, July 28, 2011

Harakah Sokong UMNO! GEMPAR!

Salam,

Harakah sokong UMNO? Kalau ada rasa sayang org Islam PAS kepada org Islam UMNO, walaupun sikit, memang baik sgt la.

Adalah sikit berita yg PAS setuju dgn Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bila majlis nk larang wanita Islam bekerja sbg GRO tahun depan. Alhamdulillah. 

Kita tengok ayat pertama berita tulisan Harakah ni menyindir je - "Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan...". 

Apa salahnya Harakah tak tulis perkataan spt menyindir tu, kalau tulis pasal DAP ponggong apek tu pun mcm sanggup dijilat, tapi bila tulis tentang saudara seIslam sendiri disindir-sindir. Berdosa tau..

Selamat malam Jumaat, saya nk tidur dah, kalau ada salah dan silap harap diampunkan olehNya. Kalau ada salah dan silap dgn Tuan2 dan Puan2 maafkan saya juga.

PAS sokong larang wanita Islam jadi GRO
Khairil Abdul Rahim   
KUANTAN, 28 Julai: Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.

Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Husin, berkata apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

“Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.

“Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.

“Sebab itu kita sokong tindakan terbaru MPK tetapi tidak mahu pernguatkuasaan bermusim, biar konsisten,” katanya kepada Harakahdaily. ...

Friday, July 1, 2011

Harakah Sokong 'Benda' HARAM!

Salam, sekarang ni sibuk tentang demo Bersih yg akan diadakan pada 9 Julai. Harakah sokong demo HARAM ni. Beberapa perkara berkaitan demo Bersih yg boleh dikongsi:

1. Tunggak utama demo haram ni ialah Ambiga. Beliau adalah seorang peguam yg memperjuangkan kes murtad termasuk kes Lina Joy.

2. Penyokong tegar demo Bersih ini ialah Parti PAS. Perkara ni sangat menyayat hati.

Menyayat hati kerana kita dapat lihat dgn jelas PAS sanggup bermati-matian sokong peguam pro-murtad; tetapi pada masa yg sama bila dengan org Islam UMNO (juga Islam Perkasa), PAS bukan main angkuh dan sanggup hinakan dan maki hamun.

Pada mata org awam mcm saya ni, kami nampak PAS banyak buat silap - silap menyokong membuta tuli anuwar ibrahim, silap tk bersekutu dgn org Islam UMNO tetapi bersekutu dgn kafir DAP dan Ambiga dan silap menulis berita putar belit dlm harakah. Berita dalam Harakah banyak yg seperti racun yg merosakkan hati pembaca, saya tk cakap tentang ilmu agama yg ditulis dlm harakah, saya kata berita yg ditulis dlm harakah.

Satu lg silap PAS yg paling besar ialah PAS ni angkuh; org PAS ramai yg suka maki hamun, membodohkan orang dan mengkafirkan orang. Kalau tk percaya cuba baca komen yg ditulis oleh penyokong2 PAS dalam blog2 yg ada di Internet ni.

Saya rasa tk lama lg kejahatan PAS ni akan dibalas Allah Subhanahu Wa Taa'la. Sebabnya kita lihat dalam sejarah bahawa balasan Allah akan menimpa apabila sesuatu golongan itu angkuh. Keangkuhan PAS ni nampaknya dh maksimum..

3. Bersih kata ia memperjuangkan demokrasi. Kajian yg dibuat oleh MIDAS mendapati majoriti rakyat Malaysia atau lebih tepat 67% tidak menyokong bersih (boleh baca laporannya dalam berita harian online). Jadi, kita ikut demokrasi - BATALKAN DEMO BERSHIT OPPSSS DEMO BERSIH!

4. Demo Bersih ni dah difatwakan haram oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin. Tetapi Ambiga dan PAS masih nak teruskan. Kenapa PAS tak terfikir perhimpunan yg boleh menyebabkan kacau bilau ni boleh jadi hukumnya haram?

Bila dah difatwakan haram isu ini dibaca dlm khutbah. PAS bukannya menyokong tetapi terus mengutarakan hujah separuh matang menyokong Bersih, tengok apa Harakah tulis:

(Memang PAS ni pembangkang total, walaupun kerajaan dan polis buat sesuatu yg betul PAS akan komplen juga)

Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno
Aziz Muda   

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.

Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.

Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini....

Tuesday, June 21, 2011

PAS = buduh, PKR = sewel, DAP = ?

Salam, ni daripada pandangan saya, jgn marah aa, ini pandangan peribadi, mungkin saya salah mungkin saya betul. Kalau betul jadikan pengajaran, kalau saya salah saya mohon ampun kepada Allah dan sesiapa berkenaan.

Ada 3 parti pembangkang di Malaysia, pas = buduh, pkr = sewel, dap = bijak.

Yg perasan bijak mungkin ialah ketua pembangkang. Dia ingat dia power padahal dap hanya peralatkan dia saja.

DAP sebenarnya ketua pakatan pembangkang ni dan dap boleh lantik mb boneka mcm dr nizar dan khalid ibrahim. Tengok ye Tuan2, kalau DAP kata tk boleh semua ahli pakatan pembangkang tak berani melawan, agaknya telur ahli pas pun terenjat kalau dap marah.

Cuba tgk bila tunjuk perasaan je yg pergi nya pengikut parti buduh dgn pengikut parti sewel yg mana mereka ni org melayu Islam. Dgn bangganya depa baring atas jalan dan sanggup guna Molotov cocktail.

Kemudian melayu Islam pas dan pkr ni kelahi dgn melayu Islam umno/bn. Islam sama Islam berkelahi Tuhan marah dan keberkatan mungkin ditarik balik dari negara kita..

Pengikut dap bijak dan depa tk pegi tunjuk perasaan, tk pun dia tgk kt tepi jalan je. Penyokong dap tk luka, tk sakit dan tk letih tambah lg DAP menang pilihanraya.  PAS bila tunjuk perasaan dia nombor satu sokong tapi pilihanraya kalah, pkr pun kalah (contohnya di pilihanraya Sarawak), tgk betapa bijak DAP dan penyokongnya..

Memang la kalah pilihanraya, siapa nk sokong parti budus dan parti sewel? Budus maksud saya mengekor membabi buta dan sewel maksud saya bertindak mcm org tak waras.. kasar sikit supaya panas bila baca, jgn marah nanti kena jual hehehe

Wahai org melayu Islam tk kira anda anggota parti mana, berfikirla dgn bijak dan waras, dan fikirla jangka panjang. Rapatkan barisan, buang yg keruh ambil yg jernih, mari kita bermaaf-maafan mcm hari raya. Bersatulah kita, kita bantu membantu, PAS bantu umno, umno bantu pas, apa  guna kita berkelahi?

Jgn kita jadi terus-terusan jadi bodoh, cukuplah apa yg dh terjadi, jgn kita percaya kpd ketua pembohong lg, jgn menang sorak kampung tergadai..

Monday, May 23, 2011

Siapa Kata Org UMNO Kafir Dia Kafir!

Salam,

Ada juga org Pas yg kata org Umno kafir. Dlm internet ni pun bersepah org org PAS kata begitu.

Maka org yg berkata org Umno kafir dialah yg kafir agaknya.

Sebab org Umno bukan kafir tetapi jika ada org umno yg tk menyokong pelaksanaan Islam dia di katakan org Islam yg tk taat perintah Allah.

Jika ada org umno yg kata Al-Quran tu satu penipuan atau tuhan tu lebih dari satu dan sebagainya maka dia terkeluar Islam.

Tetapi ramai org Umno suka Islam dan mengamalkan Islam sekadar yg mampu. Dan org Umno menolak Pas sebagai parti politik bukan menolak agama Islam.

Pas bukan agama kita, Pas hanya parti politik sahaja. Islam sempurna, Pas pulak dipenuhi dgn org yg angkuh dan org yg angkuh ni sebenarnya mengikut kitab yg saya baca adalah kerana pendek akal, atau bahasa kasarnya bodoh la.

Org yg bijak tidak angkuh kerana org bijak tahu bahawa yg bagus adalah Allah SWT sahaja. Dan org bijak tahu angkuh ni adalah sifat syaitan.

Kalau ada org Pas yg tk mahu ikut imam umno maka dgr la video di bawah ni:



Tak payah angkuhla org Pas, menyampah betul tengok perangai bodoh sombong kebanyakan ahli Pas ni..

Saturday, May 14, 2011

Harakah & Video Seks Anwar & VCD Cetak Rompak!

Salam,

Saya baru balik dari pasar malam tadi. Di pasar malam ada gerai jual vcd dan dvd, saya tgk ada nasyid yg bagus utk anak saya dan saya beli satu. Kebanyakan gerai cd dan vcd agama di pasar2 malam saya rasa penjualnya ahli pas. Sebab selain vcd nasyid ada juga dijual vcd ceramah pemimpin pas dan pakatan. Penjualnya pun kalau wanita mesti bertudung labuh, jadi mungkin ahli pas lah (atau mungkin ahli DAP); kalau mereka anggap pas tu agama maka mereka tu penganut ugama pas hehehe..

Cuma saya tengok perangai penjual cd pas ni mereka menjual sama vcd cetak rompak kartun tempatan terutamanya kartun Upin & Ipin. Kalau ada di antara tuan2 ni ahli pas maka tegurlah penjual cd pas, katakan 'menjual cd cetak rompak tu hasilnya haram'. Jual cd cetak rompak adalah seperti menjual barang curi! Saya dh cakap kpd dua gerai, harap tk berlaku lagilah..

Bila cerita tentang vcd ni, boleh la kita bercerita tentang video seks yg berkaitan dgn anwar ibrahim juga. Saya ada baca presiden pas haji hadi pernah kata lebih kurang begini 'Aib/keburukan pemimpin boleh didedahkan kerana umat perlu tahu supaya umat boleh memilih pemimpin yg elok dan menolak pemimpin yg tk elok'. Saya setuju, jadi saya setuju jika didedahkan video ni dan diberi kepastian oleh pihak berkuasa samada pelaku video itu 'lakonan' si ketua pembangkang atau tidak. 

Kalau si anu bukan pelakon dlm video seks tu maka bersihlah dia tetapi jika si anuwau adalah pelakon dlm video tu maka takkanlah pas mahu si anu kekal menjadi ketua pembangkang? dan seterusnya menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pru-13. Kepada pas, jgn sokong ketua pembangkang tu membabi buta. DAP pun tk sokong ketua pembangkang membabi buta walaupun depa makan babi. Kenapa bodoh sangat?

Tengok artikel Harakah di bawah. Saya rasa artikel yang ditulis adalah propaganda utk mengatakan ketua pembangkang tu suci murni. Tuan2 boleh menilai sendiri:

Dari artikel ni kita dapat lihat ada dua perkara yg tk patut telah dibuat. Pertama dasar 'double standard' bila anuwar dituduh buat salah video yg sahih pun PAS tk mahu terima sbg bukti. Cuba video tu mengandungi perlakuan ahli umno maka saya rasa ramai ustaz pas akan caci maki mcm orang kata mat sabu caci maki anwar sbg al-juburi dulu. 

Kedua, Syeikh Dr Wahbah ni tk tau hujung pangkal pasal video ni tiba2 dia kata anwar suci bersih, ini tk sepatutnya berlaku. Allah lebih tahu.


Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.  Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H...

Wednesday, May 4, 2011

Harakah Spin (Putar Belit Berita) Tahap Maksimum!

Salam,

Malam yg lepas saya 'berlawan' dgn seorang penyokong PAS dalam ruangan komen sebuah blog popular. Bukan apa, si penyokong ni kata tujuan dia tulis komen ialah nk tarbiah pembaca yg terdiri drpd org pro-BN. Tarbiah apa, tulisannya mengandungi bahasa kotor, bahasa kesat termasuk memanggil org lain dgn nama binatang. Rasulullah tk ajar tarbiah begitu..

Kita faham Harakah ni akhbar parti dan ia berfungsi juga sbg wadah utk meningkatkan semangat ahli PAS. Tetapi artikel yg saya pilih hari ni (lihat bawah) adalah contoh putar alam tahap maksimum dan tahap kelakar kalau bukan ahli pas baca hahaha. 

Point2 kelakar yg kita boleh ulas:

1. Tajuk - 'umno terhegeh-hegeh cari simpati pas'? Mcmana boleh jadi macam ni, setakat yg kita tahu bukan UMNO cari simpati pas tapi UMNO pelawa pas utk bersekutu demi penyatuan org melayu Islam di negara ni. 

2. UMNO 'tersepit dan terdesak' nk bersekutu dgn pas? Ini lawak tahap max kerana melihat kpd rekod pilihanraya kecil UMNO sekarang adalah kuat. PAS yg lemah dan terdesak sebab org melayu dh tk sokong pas, di melaka pas kalah di kerdau pun pas kalah. Ahli dap je sokong pas itu pun mungkin sebab PAS tunduk kpd ronnie liu di selangor, itu pasal olang dap manyak sayang.

3. 'Setiap hari media massa memburukkan pemimpin PAS dan PKR' Ohohoho kesian pemimpin pas dan pkr diburukkan oleh media massa ye. Tak payah mengata org la, baca la Harakah, tiap2 hari Harakah memburukkan pemimpin umno atau/dan kerajaan..

Ada lg beberapa point lain, tuan2 boleh baca artikel penuh jika klik tajuknya.

4. Dan point terakhir 'pakatan rakyat akan menang PRU 13'. Alah PAS, apalah diharap menang PRU 13 bersama pkr dan dap. Saya rasa tk bole menang. PAS pun parti yg paling lemah dlm pr, kalau menang pun menang sorak je. PAS elok bersekutu dgn UMNO la, Islam sama Islam dan Melayu sama Melayu.

Kalau PAS bersekutu dgn UMNO konfirm pas akan menang PRU13, insyaAllah. Bila ada kuasa boleh laksanakan Islam secara satu peringkat demi satu peringkat, jgn gopoh. Come on PAS, buang yg keruh ambil yg jernih..

Umno kini terhegeh-hegeh cari simpati PAS
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat ‘orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja’ sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan.

Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka.

Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar.

Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil.

“Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?” soalnya.
................


“PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13,” tegasnya.

Tuesday, April 19, 2011

PAS berjaya dapatkan kubur utk Melayu Pulau Pinang!

Salam,

Ramai org suka Islam, saya suka Islam. Saya mengerjakan rukun Islam dan saya yakin Islam yg terbaik. 'Agama disisi Allah hanyalah Islam'. Jika Islam dilaksanakan di Malaysia ni semua masalah selesai dan kita akan dikurniakan keamanan dan rezeki melimpah ruah dari sumber2 dari bumi dan langit. 

Siapa nk laksanakan Islam di Malaysia kita sokong!

TETAPI SAYA TK SUKA PAS. PAS hanya parti politik org Islam, PAS bukan agama. PAS banyak kelemahan dan cacat cela ttp pemimpin dan penyokongnya ramai yg perasan bagus. Mereka ramai yg menganggap puak mereka saja yg betul, org selain ahli PAS buat baik pun semua tk kena. Ini salah satu sebab saya tk sokong PAS.

Berkenaan dgn artikel di bawah, Anda boleh lihat betapa PAS perlu bijak bila berurusan dgn DAP. DAP memang banyak akal, kalau tk waspada kita umat Islam akan tertipu. Kita boleh lihat tiga perkara dlm artikel Harakah di bawah:

Point 1 - PAS kata Melayu Penang tk dipinggirkan, ini fitnah UMNO saja. Hujah pertama yg diutarakan ialah kerajaan DAP Penang selesaikan masalah kubur Melayu di Jelutong. HA HA HA selesai masalah kubur pun kira bela Melayu ka? Bukan bagi kubur supaya Melayu cepat mati ke? 

Point 2 - Peruntukan utk Hufaz, jabatan agama Islam dan universiti Islam telah ditambah. Memang elok, tp kena ingat bagaimana pula dgn pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan Melayu? Apa rancangan utk ubah nasib Melayu Penang yg dengarnya macam pelarian di negeri sendiri?

Point 3 - Ini ayatnya - 'Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini.' INILAH PERANGAI PAS, BILA ADA SALAH SENDIRI DIA MENUDING KPD ORG LAIN. INILAH SEBABNYA RAMAI ORG MENYAMPAH DGN PAS.

SEPATUTNYA DGN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL PAS BANTU ORG MELAYU ISLAM NI! JGN BENARKAN SESIAP ROBOH KEDAI ORG ISLAM, NK ROBOH MESTI BERI KEADILAN KEPADA PEMILIK DULU, MESTI TEGAS. 

KALAU PERANGAI PAS NI BAGUS SEMUA ORG SUKA, MCM RASULULLAH, PERANGAI BAGINDA MULIA JD RAMAI ORG MASUK ISLAM SEBAB AKHLAK RASUL.

PERANGAI PAS PULAK HUDUH, SIAPA NK SOKONG PAS?





Pinggir Melayu hanya dakwaan Umno BN
Fakhri Ali   

BAYAN LEPAS, 19 April: Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak dipinggirkan sebagaimana dakwaan pembangkang.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno dan BN yang senantiasa mengkritik setiap usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu di sini.

Beliau berkata, sehingga ini konflik yang timbul adalah bikinan Umno dan BN yang tidak dapat menerima hakikat mereka adalah pembangkang yang sah.

Katanya, sejak tiga tahun pemerintahan kerajaan negeri, masalah tanah perkuburan di Jelutong yang telah sekian lama tidak dapat diselesaikan semasa BN menerajui negeri ini, telah berjaya diatasi apabila kerajaan negeri membeli sebahagian dari tanah tersebut untuk diperuntukkan sebagai tanah perkuburan di Jelutong.

"Manakala para huffaz mendapat pengiktirafan setiap tahun dari kerajaan negeri. Ini tidak pernah dilakukan sebelum 2008 yang lalu. Peruntukan untuk hal ehwal agama Islam turut ditambah sejak 2008 dari RM12.5 juta sehinggalah kepada RM63.21 juta dalam tahun 2011.

"Kampus dari dua buah universiti terkenal di Timur Tengah akan diwujudkan di Pulau Pinang tidak lama lagi bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mendalami ilmu mereka dalam bidang agama Islam dan juga penyelidikan," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, turut menyeru pemimpin Umno dan BN supaya menjadi pembangkang yang baik dan bermoral di negeri ini.

Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini.

Wednesday, April 13, 2011

Harakah tak Baca The Star?

Assalamualaikum,

Kepada pembaca Harakah dan juga penulis Harakah, luaskan pemikiran anda dgn membaca juga akhbar2 lain termasuklah akhbar pro-kerajaan. Jgn jadi katak bawah tempurung. Semakin banyak anda baca semakin matang anda berfikir.

Bila membaca Harakah dan juga akhbar2 lain jgn percaya bulat2 benda yg ditulis, kata org 'yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan'.

Lepas tu belajar la bahasa inggeris, sebab sesetengah ahli politik bila dia nk cakap benda yg rahsia atau benda jahat dia cakap atau tulis dlm bahasa inggeris.

Artikel di bawah saya copy dari The Star. Ianya tentang kawan baik Harakah dan PAS iaitu pemimpin kanan  pembangkang suruh Raja Petra kaitkan Najib dan Rosmah dgn pembunuhan Altantuya.

Harakah dan PAS, kalau nk berkawan jgn kawan dgn ketua pembangkang, kawan dgn org lain la..

TAJUK: RPK: I don't believe Najib, Rosmah involved in Altantuya murder
Link: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/13/nation/20110413222838&sec=nation
Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY "Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwarleftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu inidia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

Tuesday, April 12, 2011

Harakah Menang Sorak Islam Tergadai!

Salam,

Kecoh dalam Harakah mengatakan Pakatan Rakyat mendapat sokongan besar di Sarawak (sebagai contoh lihat keratan artikel di bawah). DAP dikatakan boleh menang sehingga 15 kerusi, PKR boleh sampai 15 kerusi dan paling menonjol PAS boleh menang 1 kerusi, YAHOOOO!

Ye, Harakah dan PAS ada harapan menang 1 kerusi. DAP hentam UMNO, PAS tumpang sekaki; PKR fitnah Najib, PAS join sekaki; (seseorang langgan pelacur, PAS join sekaki juga?); hasilnya menang 1 kerusi. 

Kalau PR menang yg akan jadi Ketua Menteri mesti dari PKR (Baru Bian) atau dari DAP. PAS menang 1 kerusi dan jd badut di Sarawak, nk haramkan judi pun kena minta kebenaran dgn DAP!

Harakah dan PAS silap pilih kawan, DAP memang bukan Islam dan PKR pulak parti pluralisma. PAS patut bersekutu dgn UMNO, kalaupun UMNO ni tk seIslamik PAS anggaplah ia sebagai rakan Islam yg perlukan bimbingan. 

Cuba bayangkan jika PAS bersatu dgn UMNO, aspek keagamaan PAS boleh handle dgn bagus spt di Kelantan dan Selangor, aspek keduniaan iaitu memajukan negara UMNO boleh buat dgn baik (negara kita maju di bawah pemerintahan UMNO). Jadi Malaysia ni akan bagus dari sudut agama dan keduniaan - Malaysia boleh jadi negara Islam no. 1 dunia jika PAS bersekutu dgn UMNO!

Kalau PAS bersekutu dgn UMNO konfirm PAS menang pilihanraya dan boleh perintah Malaysia dgn UMNO. Nk haramkan judi, arak, zina, dan dosa2 lain tkde siapa boleh menentang..

Apa dalilnya PAS menolak pelawaan Najib utk bersekutu? 

PAS sanggup berpakat dgn DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh) dan PKR utk menjatuhkan org Islam UMNO, kebejatan PAS ni kami umat Islam Malaysia sukar nk maafkan..


BN Sarawak kini hadapi masalah besar
Harakahdaily     

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.



Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.

...
Dalam pilihan raya ini, Pakatan meletakkan 71 calonnya iaitu di kesemua kawasan pilihan raya. PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 dan selebihnya (51) adalah PKR.

Menurut kajian Merdeka Centre sebelum hari penamaan calon, DAP boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi dan tidak mustahil menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya. Ketika itu, mereka belum dapat kenal pasti kedudukan PKR dan PAS.

Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi.

Monday, April 11, 2011

Harakah Tk Paham Subsidi Minyak

Salam,

Ramai org tk faham sistem subsidi petrol yg kerajaan Malaysia laksanakan sekarang ni. Kalau org awam tk faham boleh dimaafkan. Tetapi kalau sebuah akhbar parti iaitu Harakah dan penulis tersohornya dan juga pemimpin PAS tk faham sistem subsidi ni, memang memalukan (rujuk artikel di bawah).

Dh la benda simple mcm ni pun tk faham, lepas tu kritik sistem subsidi petrol ni dan sesatkan/kelirukan org ramai. Jadi org panggil org jahil pasal subsidi petrol mengajar pasal subsidi ni kpd org lain, jadi jahil bertingkat-tingkat.

Sistem subsidi petrol kerajaan tu secara ringkas adalah begini:

1. RON95 disubsidi oleh kerajaan, dan harganya tk berubah sekian lama. Ianya utk semua rakyat.

2. RON97 harganya diapungkan secara terurus oleh kerajaan (managed float), dan harganya mungkin berubah setiap bulan. Harga RON97 naik apabila harga minyak dunia naik. 

Sebab mengapa RON97 tidak disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan ialah RON97 ni barang mewah seperti Shell VPower tu. Siapa mampu boleh pakai RON97, kerajaan tk paksa.

Berkenaan harga barang yg meningkat, saya tk berani komen cuma saya tahu dari sudut ekonomi harga barang terutamanya barang import sangat sukar utk dikawal. 

Bukan boleh guna ceramah dan derma je utk turunkan harga barang.. kalau boleh guna air liur je dh lama kerajaan buat..

Pendapatan rendah, belanja yang tinggi
  
SUDAH dua tahun kerajaan yang hendak mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melancarkan matlamat menjana rakyat berpendapatan tinggi.

Ia satu matlamat yang lebih maju ke depan dari sekadar membasmi kemiskinan yang diperjuangkan oleh para perdana menteri yang lalu. Ia bukan sekadar tidak ada lagi orang miskin, bahkan lebih dari pendapatan sederhana. Berpendapatan tinggi samalah dengan menjadi kaya.


Sekalian rakyat menunggu saat tibanya tuah berpendapatan tinggi itu. Bila? Sepuluh tahun? Lima belas tahun? Dua puluh tahun? Atau mati dulu generasi yang  ada ini baru masing-masing berpendapatan tinggi.

Sementara menunggu menjadi kaya, diuji dulu rakyat dengan amalan meneruskan kenaikan harga minyak. Yang dahulu dibincangkan dulu, bila minyak hendak dinaikkan. Riuh sekampung bagi menaikkan dua tiga sen seliter. Semasa membentangkan bajet barulah Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mengumumkan kenaikan harga minyak.

Sejak kerajaan rakyat didahulukan ini, sedar-sedar minyak naik dan berkali-kali.

Pendapatan belum naik tetapi perbelanjaan sudah naik. Orang yang memiliki motosikal jika yang di kampung berpendapatan sederhana tetapi yang di bandar berpendapatan rendah, bertambah belanja hariannya. Yang bermotokar apa lagilah.

Yang berjimat tidak menggunakan kenderaan sendiri pergi bekerja. Menggunakan kenderaan awam. Tetapi tambang pula naik. Tambang pergi kerja naik dan tambang sekolah anak-anak naik....

Friday, April 8, 2011

Harakah Anti Mat Sabu?

Salam,

Dalam Harakah ada banyak artikel yg mengandungi tuduhan mengatakan UMNO menggunakan video lucah utk menjatuhkan pemimpin kanan pembangkang. Umno telah menafikan dan Datuk T juga menafikan Umno terlibat dgn pendedahan video lucah tersebut. Jadi, tuduhan pakatan pembangkang tersebut adalah fitnah jika tk ada bukti, fitnah ni setau kita berdosa besar..

Oleh kerana Harakah selalu sangat balun kerajaan dan UMNO hari ni kita nk tanya Harakah dan penyokong2 parti PAS:

APABILA MAT SABU GELAR ANWAR IBRAHIM 'AL JUBURI' DULU KENAPA HARAKAH TK LARANG DAN KATA ITU POLITIK AIB?

Ooo bila geng sendiri buat 'politik aib' tk pa, org lain yg belum tentu salah silap ko lanyak je, apa punya busuk punya surat kabar..

Politik aib: JK Fatwa dituntut keluar pendirian rasmi
Aziz Muda   
PUTRAJAYA, 8 April: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dituntut mengeluarkan pendirian rasmi berhubung isu politik mendedahkan aib yang kini sedang bermaharajela dalam negara ini.

Tuntutan tersebut dibuat atas dasar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memiliki kuasa untuk mengadakan Sidang Panel Kajian Syariah bagi membincangkan isu yang dikemukakan oleh masyarakat.

Para pemimpin pelajar dalam tuntutannya menggesa jawatankuasa itu menyatakan pandangan Islam dengan jelas terhadap budaya politik seperti itu yang kini ternyata semakin mencelarukan lagi suasana politik dalam negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang Talib menegaskan, PMIUM amat kesal apabila kesemua pemimpin yang terlibat dalam permainan politik aib itu adalah mereka yang beragama Islam.

Menurut beliau, hal itu secara tidak langsung boleh mendatangkan persepsi negatif masyarakat khususnya yang bukan Islam terhadap ajaran Islam.

Katanya, oleh itu, pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu amat perlu bagi memberikan kefahaman kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa Islam melarang keras budaya itu, di samping menyediakan hukuman tegas bagi sesiapa sahaja yang cuba mengamalkan budaya yang tidak sihat seperti itu. ...

Thursday, April 7, 2011

Harakah Standard Cap Ayam

Salam,

Bila sesuatu parti politik bercita-cita ingin memerintah sesebuah maka parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya mestilah mempunyai standard sebagai pemerintah. Jika parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya standardnya hanya macam budak malas pegi sekolah maka tk payah la berangan.

Tengok artikel di bawah, seorang pemimpin kanan PAS berkata:

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

Tuan Dr Lim sayang, Nazri Aziz kata Azizah bukan pakar maksud dia ialah Azizah bukan pakar yg boleh betul2 boleh kenal individu di dalam video rakaman tu. 

Ini kerana video rakaman itu ada aspek-aspek teknikal yg perlu diambil kira seperti distortion atau biasan imej yg disebabkan oleh kanta kamera. Kanta kamera yg kecil yg digunakan utk mengambil video tersebut menyebabkan imej tepi menjadi melengkung (ini boleh menyebabkan perut pelaku kelihatan buncit bila beliau berada di sudut tepi imej kamera).

Jadi, hanya pakar yg berkelayakan sahaja yg boleh mengenalpasti dgn tepat siapa individu sebenar dlm video - inilah apa yg nk dikatakan oleh Nazri Aziz.

Jadi, kepada pemimpin PAS jgn la memberi pandangan yg tk berapa 'kena' dan kepada Harakah jika jumpa pandangan yg tk masuk akal jgn la laporkan. JIKA HARAKAH MELAPORKAN ATAU MENULIS ARTIKEL TK BERKUALITI MAKA SELURUH UMAT ISLAM MENDAPAT MALU. KALAU ORG KAFIR BACA TULISAN HARAKAH NI MALU KITA SEMUA UMAT ISLAM!


KEMUDIAN HARAKAH MASUKKAN PERKARA TAMBAHAN - UMNO YG MEMBUAT VIDEO TU. MANA BUKTI UMNO BUAT VIDEO TU? KALAU TKDE BUKTI INI FITNAH, DOSA KERING TAMBAHAN NIH!

Budak tadika lebih tahu dari Nazri
Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

(Gambar: Sidang media Wan Azizah yang berkata, "Itu bukan Anwar")

...

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.

Tuesday, April 5, 2011

Bahu Harakah Senget Sebelah

Laporan Harakah tentang skandal seks seorang pemimpin kanan pembangkang sangat tidak adil.

DALAM BANYAK TULISAN HARAKAH ISU YANG DIMAINKAN IALAH:

1. VIDEO LUCAH TIDAK BOLEH DITAYANGKAN ATAU DITENGOK KERANA IANYA BERDOSA.

2. VIDEO SEKS DGN PELACUR INI ADALAH KONSPIRASI DAN FITNAH YG DIBUAT OLEH UMNO.

KITA NAK TANYA HARAKAH:

1. YANG MANA LEBIH BERAT DOSA, BERZINA DGN PELACUR ATAU MENONTON ORG BERZINA DGN PELACUR? LEBIH PERHATIAN DIBERI OLEH MEDIA PERDANA DAN ORG AWAM TERHADAP VIDEO LUCAH INI KERANA TUDUHAN MELIBATKAN PEMIMPIN NEGARA.

KALAU SKANDAL INI MELIBATKAN KERANI PEJABAT POS ATAU PENDATANG ASING YG JUAL APOM BALIK KT PASAR MALAM MEMANG LAH ELOK KITA DIAMKAN SAHAJA.

PENAYANGAN VIDEO LUCAH KPD AWAM MEMANGLAH ISU YG PENTING UNTUK DIBENDUNG OLEH KERAJAAN TETAPI ISU YG TERLEBIH PENTING IALAH ADAKAH PELAKU SEKS DLM VIDEO TERSEBUT IALAH PEMIMPIN TERTINGGI PEMBANGKANG?

HARAKAH SEPATUTNYA MENYOKONG USAHA UTK MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA UTK MENYIASAT SAMADA BENAR PEMIMPIN TERBABIT TERLIBAT DGN PELACUR ATAU PUN TIDAK.

KITA TK MAU PEMIMPIN NEGARA KITA NI, DARI PIHAK KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG, MELANGGAN PELACUR! KALAU HARAKAH RELA ITU HARAKAH PUNYA PASAL, SAYA DAN RAMAI LG RAKYAT MALAYSIA TAK MAU!

2. INI FITNAH. TIGA DATUK YG MENGELUARKAN VIDEO NI DH KATA MEREKA TIADA KAITAN DGN UMNO DAN UMNO PUN DH MENAFIKAN JUGA. APA BUKTI HARAKAH MENULIS UMNO TERLIBAT? JIKA TKDE BUKTI TUDUHAN HARAKAH INI ADALAH FITNAH!

Apa pendapat Tuan-tuan?

Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 5 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.
“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.
“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi....

Friday, April 1, 2011

Kualiti Berita Harakah - Mengharukan...

Salam,

Sesebuah akhbar mestilah memaparkan berita yg berkualiti. Berita yg berkualiti menggambarkan pemilik akhbar tersebut adalah pihak yg berwibawa (dan boleh memerintah negara jika pemilik ini ialah parti politik). Jika sesebuah akhbar memaparkan berita atau artikel tak berkualiti maka org ramai tahu tahap pemikiran dan kebolehan pemilik akhbar tersebut.

Juga, jika sesebuah akhbar (termasuk akhbar online) memaparkan berita tahap tk berkualiti akhbar tersebut seperti 'menghina kebijaksanaan pembaca'; dlm english - 'insulting the reader's intelligence or intellect'.

Lihat artikel Harakah yg saya copy n paste dibawah (yg baru keluar hari ni). Ayat pertama artikel menerangkan idea keseluruhan artikel, ini ayatnya -

"KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu."


2 aspek kualiti idea yg dipaparkan yg kita boleh lihat:

1. Ayat pertama ini berlawanan dgn pendirian pemimpin tertinggi PAS yg mana mereka tk mahu langsung tengok video tersebut dan mendakwa video tersebut adalah fitnah. Berita ini adalah gesaan supaya video ini disiasat; jika dh fitnah pastilah sepatutnya PAS dan Harakah tulis gesaan supaya video itu tk perlu disiasat.

Persoalan yg timbul ialah mengapa perkara yg berlawanan dgn pendirian PAS keluar dlm akhbar Harakah Online? Adakah tindakan memaparkan artikel ini adalah tindakan Harakah yg bijak?

2. Artikel ini menyatakan KPN diminta menyiasat siapa di dalam video bukan video itu tulen atau palsu. Ini ialah gesaan yg kurang bijak kerana penulis artikel mestilah tahu logik bahawa penyiasatan polis dilakukan secara berperingkat. Logiknya polis mesti pastikan video itu tulen dahulu. Selepas pasti video itu tulen barulah polis akan siasat siapa bintang filemnya iaitu identiti bintang filemnya.

Jika video itu tidak tulen tk payah lah polis siasat, buat habis bajet je.

Kalau logik pun Harakah tk berapa paham macamana nk menulis artikel yg berkualiti? Macamana nak menjadi akhbar berwibawa?

Kalau Harakah tk faham logik maknanya PAS pun tk faham logik, maka kalau logik pun tk faham macamana nk perintah negara? 

Video: Isunya bukan tulen tetapi siapa dalamnya
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. (gambar)

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera.

Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.

Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.

"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.

Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.

Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi  Ahmad dalam Twitternya berkata,  walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.

"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.

Tuesday, March 29, 2011

Harakah belajar drpd Nazri Aziz!

Bismillah, moga Allah berkati usaha saya ni dan ampunkan saya jika ada salah dan silap..

Datuk Seri Nazri Aziz tk perlukan diperkenalkan lagi. Dia 'penjaga' parlimen. Satu perkara yg baik tentang Nazri Aziz ialah dia tak berebut kuasa dalam pemilihan UMNO. Cuma alangkah indahnya kalau Nazri Aziz yg 'gagah' ni lebih pro Islam dan memelihara 'keIslaman' Malaysia ni..

Satu lg kebagusan Nazri Aziz ni ialah dia mampu bantai Lim Kit Siang, Karpal Sigh dan Mr Ketua Pembangkang di parlimen dan juga luar parlimen. Sekali Nazri Aziz bantai memang kalah flat la otai-otai pembangkang ni, memang puas hati kalau tgk..

HARI NI HARAKAH DEDAHKAN SATU LG SIFAT MULIA NAZRI AZIZ IAITU DATUK NI MENGAKU SILAP BILA DIA TERSILAP (RUJUK KERATAN HARAKAH DI BAWAH).

CUMA KITA NK TANYA KEPADA HARAKAH DAN PAS - BILA NK BERSIFAT MENGAKU SILAP DIRI SENDIRI BILA MEMBUAT SALAH?

HARAKAH DAN PAS NI APABILA ADA KESILAPAN ATAU KELEMAHAN ASYIK NK MENYALAHKAN ORANG JE. KALAH PILIHANRAYA PUN SALAHKAN UMNO, KELANTAN TK MAJU PUN SALAHKAN UMNO, MUKA TAK MASUK TV SALAH UMNO..

KALAU PARTI PEMBANGKANG NI PERINTAH MALAYSIA DAN MALAYSIA NI JADI TK MAJU, SIAPLA DIA AKAN SALAHKAN US, JEPUN, RUSIA, INDONESIA, SEMUA SALAH.  JGN TK SANGKA, MUNGKIN RAKYAT PUN DISALAHKAN JUGA NANTI..

PARTI PEMBANGKANG JE TAK SALAH, PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA NI MENGIDAP SINDROM 'PERASAN BAGUS'..




Akta perlindungan: Nazri mengaku silap beri kenyataan

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya.

Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind.

"Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri...

Sunday, March 27, 2011

Wartawan Harakah tak Tipu!

Ini satu artikel yang saya jumpa dari blog rbf. Tk tahulah kesahihan cerita di bawah ni, cuma bolehlah dibuat pengajaran. Pengajaran bahawa Islam itu agama kita yg sempurna tetapi PAS itu parti Islam yg ada kecacatan.

Kepada Harakah, laporlah dgn adil setiap berita. Jgn jadi putar alam. Kalau tk suka satu berita tk yah lapor tkpe, jgn buat laporan atau tulisan tetapi tk betul atau bias. Laporan yg tipu atau bias akan menganiaya pihak yg tk bersalah dan akan menyebabkan ramai pembaca silap faham:


Video Seks: Wartawan Harakah Sahkan Itu Anwar Ibrahim

Wartawan harakah (kiri) bersama rakannya

Dari Langkawi blogger Papa Gomo hubungi saya meminta supaya saya menyertai pertemuan dengan wartawan harakah dan beberapa orang yang lain lagi di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng malam tadi.

Katanya , kau pergi saja, kau jangan risau, itu kawan aku dan orang itu telah pun menonton video seks berkenaan hari isnin yang lepas.

Mengikut cerita wartawan harakah berkenaan yang juga kawan kepada Papa Gomo memang benar beliau telah menonton video tersebut pada hari isnin lepas di Carcosa Seri Negara.

Beliau yakin 100 % lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Tidak mungkin video itu dipalsukan kerana katanya ianya dirakam dari empat sudut.

Saya tanya dia, "habis itu kenapa harakah tidak laporkan yang betul" ?

Jawabnya, "saya hanya pekerja bro, yang menentukan bos dan itu semua adalah politik".

Dalam hati saya berkata , "parti islam pun menipu juga ke" ?

Katanya lagi, tiga orang teratas dalam harakah semuanya telah dipegang oleh Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka hanya melaporkan berita mengikut selera Anwar.

Fuhhhhh, papa Nurul Izzah memang hebat. Bukan hanya hebat di ranjang, malah hebatnya sehingga boleh menguasai harakah yang dimiliki oleh Pas. Tidak mustahil satu hari nanti, Pas akan dikuasai oleh Anwar. Sekarang pun sudah kelihatan tanda-tanda ke arah itu.

Mengikut wartawan harakah itu, wartawan malaysiakini juga menonton video berkenaan dan cakap benda yang sama kepada beliau, iaitu lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Katanya dari sudut mana Johari Abdul kata itu bukan Anwar beliau pun tidak tahu melainkan pembohongan semata-mata.

Jadi, apa kita nak kata lagi ? kalau wartawan harakah dan malaysiakini pun kata itu Anwar Ibrahim, kita nak kata bukan lagi ?

Memang sah jawabnya itu Anwar Ibrahim. Jangan lagi anda semua tertipu dengan harakah dan malaysiakini. Apa yang mereka laporkan itu bohong semata-mata. Wartawan mereka yang pergi cari berita sendiri akui itu adalah Anwar Ibrahim.

Balik pejabat, apabila mereka tulis berita benar, bos suruh tukar kerana bos semua telah dilimpahi dengan wang ringgit yang dicurahkan Anwar.

Thursday, March 24, 2011

Apa Harakah tulis tentang Video Anwar Ibrahim!

Tuan-tuan biasa dengar tak pemimpin PAS kata media arus perdana tk membuat laporan yang adil kepada Parti PAS dan aktivitinya? Biasa kan..

Itulah orang kata PAS cakap tk serupa bikin, cuba tengok tulisan Harakah (di bawah) tentang video Anwar Ibrahim. Adakah artikel Harakah di bawah membuat laporan yang adil kepada Datuk T (trio)?



Nampak mcm Harakah nk tunjukkan yang Datuk Eskay pulak pelakon utama dlm video lucah tersebut.

Itu yg saya kata, berita tulisan Harakah elok dibuat lap ponggong je (tapi tazkirah agama tu memang bermanfaat kepada umat).

Apa pendapat Tuan-tuan?

Eskay akui beliau dalam video seks
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Monday, March 21, 2011

Harakah Minta Tolong Polis!

Setelah sekian banyak kali Polis dihina dan dikeji oleh pembangkang hari ni ada permintaan daripada Harakah supaya polis membuat siasatan terhadap apa yg mereka katakan video fitnah.

Yang pertamanya saya rasa pihak pembangkang kena buat laporan polis dahulu, barulah siasatan boleh dimulakan. Siapa yg berani buat laporan?

Yang kedua, bila nk minta maaf kpd polis?

Yang ketiga, jgn menfitnah UMNO sebagai dalang disebalik video yg didedahkan. Dosa menfitnah ni besar sangat, parti Islam PAS dan pemimpinnya tk boleh menfitnah dan bersangka buruk.

Yang ke empat, politik menuding jari ni harus ditamatkan. Sebagai sebuah parti yg berwibawa PAS mesti bersikap matang apabila sesuatu buruk berlaku, jgn cepat marah2 tk tentu pasal mcm budak tadika.

Yang ke lima, ada kemungkinan video ini dibuat oleh pembangkang sendiri sebagai bahan murahan supaya rakyat Malaysia menuduh kerajaan nk menganiaya pemimpin pembangkang. Kemungkinan ini tk boleh ditolak kerana kita dh lihat beberapa kali pihak pembangkang pandai main taktik kotor.

PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.
Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.

Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.
"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat.
"Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau.
"Pada hal PAS sejak dulu lagi telah menyatakan tidak ada masalah kepada sesiapa pun nak guna nama Allah termasuk orang Kristian asalkan tidak disalahgunakan,” katanya.

Perkara itu, katanya samalah juga dengan permainan Umno dalam meluluskan penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang jelas akan merbahayakan masyarakat Islam yang dibuat untuk mengambil hati orang Kristian.

Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'.
Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar.

"Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya.

Thursday, March 17, 2011

Harakah dan PAS: Beri keadilan kpd Saiful!

Kepada Harakah, penulisnya dan peminatnya, saya rasa ayat di bawah ini Anda perlu baca dan hayati:

"Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)"



Pada pemahaman saya, mengikut ayat di atas Harakah dan org PAS perlu adil kepada Saiful Bukhari (yg mendakwa dirinya diliwat pemimpin PR) walaupun org PAS benci kpd Saiful. Ayat di atas menunjukkan Allah SWT suruh kita berlaku adil walaupun individu berkaitan sangat kita benci.

Jika Harakah dan org PAS tk berlaku adil kpd Saiful (menolak mentah2 aduan dan sumpah beliau) maka mungkin org ramai boleh kata Harakah, PAS dan org-org PAS ni "ambik ugama suku, politik suku".. Anda faham maksudnya kan?



Monday, March 14, 2011

PAS: Terancamkah Melayu? SUDAH TAHU BERTANYA PULA..

Harakah bertanya - Terancamkah Melayu? Bukannya lagi terancam, dh dilanyak pun Melayu dan terkulai layu.

Org Melayu (rujuk definisi perlembagaan Malaysia utk tahu Melayu tu siapa) di Malaysia tk berani bersuara mempertahankan haknya takut hilang undi bukan Melayu.

BN dan juga PR kedua-duanya bodek pengundi bukan Melayu supaya dapat undi pengundi bukan Melayu! Tinggallah Melayu spt melukut ditepi gantang di tanah sendiri. Bila org Melayu dh kurang undi PAS baru PAS menggelabah..

Orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi iaitu org Melayu rata-ratanya berpendapatan kecil. Nk beli makanan berkhasiat utk anak dan nk bg pendidikan terbaik utk anak pun tk berapa nk mampu. Dari segi intelek pun kurang, kt sekolah anak Melayu dapat nombor corot . Dan kemahiran bekerja dan berniaga org Melayu tk setinggi kaum lain.

Apa agenda Harakah (dan PAS) utk memajukan org Melayu??? Sila jawap!

PAS, kalau pemimpin dan ahlinya matang dan perangai beradap pastilah disukai Allah dan akan disokong org.

Dan, Harakah kalau beritanya adil, matang dan bernas pastilah ramai2 kita sokong dan rujuk. Tapi, minta maaf la, sesetengah berita (saya kata 'berita' bukan tazkirah agama ye) yg ditulis di Harakah lebih sesuai digunakan utk lap ponggong daripada untuk dibaca..


PRU 13: Terancamkah kuasa Melayu?
Harakahdaily   
 
KOTA BHARU, 14 Mac: Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang dan Perak pada 8 Mac lalu tidak diterima Umno apabila mereka mendakwa ketuanan Melayu semakin terancam di negeri tersebut.

Benarkah begitu, atau sekadar omongan bersifat politik bagi memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Malah ekoran peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan lahir banyak badan bukan kerajaan kononnya berjuang bagi membela nasib Melayu di negeri terbabit.

Oleh itu bagi melihat secara realiti apakah benar-benar nasib orang Melayu terancam sekarang, kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana perdana pada 18 Mac ini bagi membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam.

Wacana tersebut bertajuk ”PRU 13: Terancamkah Kuasa Melayu?” akan diadakan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Ahli panel yang diundang mengupas isu terbabit iaitu Presiden Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIKIR), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abdul Samad.

Manakala Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi UKM bertindak sebagai moderator.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi Negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pada awalnya pihak penganjur menjemput Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, namun beliau menolak dan tempatnya digantikan Dr Asyraf Wajdi.

”Tajuk tersebut menjadi pendebatan hangat sekarang. Benarkah kuasa politik orang Melayu benar-benar terancam.

”Ini kerana Umno menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam teruk di Pulau Pinang dan Selangor. Dalam isu ini biarlah rakyat yang menjadi hakimnya,” kata beliau di sini.

Wacana Perdana tersebut merupakan siri ke-7 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.