Thursday, April 7, 2011

Harakah Standard Cap Ayam

Salam,

Bila sesuatu parti politik bercita-cita ingin memerintah sesebuah maka parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya mestilah mempunyai standard sebagai pemerintah. Jika parti tersebut, ahlinya dan akhbarnya standardnya hanya macam budak malas pegi sekolah maka tk payah la berangan.

Tengok artikel di bawah, seorang pemimpin kanan PAS berkata:

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

Tuan Dr Lim sayang, Nazri Aziz kata Azizah bukan pakar maksud dia ialah Azizah bukan pakar yg boleh betul2 boleh kenal individu di dalam video rakaman tu. 

Ini kerana video rakaman itu ada aspek-aspek teknikal yg perlu diambil kira seperti distortion atau biasan imej yg disebabkan oleh kanta kamera. Kanta kamera yg kecil yg digunakan utk mengambil video tersebut menyebabkan imej tepi menjadi melengkung (ini boleh menyebabkan perut pelaku kelihatan buncit bila beliau berada di sudut tepi imej kamera).

Jadi, hanya pakar yg berkelayakan sahaja yg boleh mengenalpasti dgn tepat siapa individu sebenar dlm video - inilah apa yg nk dikatakan oleh Nazri Aziz.

Jadi, kepada pemimpin PAS jgn la memberi pandangan yg tk berapa 'kena' dan kepada Harakah jika jumpa pandangan yg tk masuk akal jgn la laporkan. JIKA HARAKAH MELAPORKAN ATAU MENULIS ARTIKEL TK BERKUALITI MAKA SELURUH UMAT ISLAM MENDAPAT MALU. KALAU ORG KAFIR BACA TULISAN HARAKAH NI MALU KITA SEMUA UMAT ISLAM!


KEMUDIAN HARAKAH MASUKKAN PERKARA TAMBAHAN - UMNO YG MEMBUAT VIDEO TU. MANA BUKTI UMNO BUAT VIDEO TU? KALAU TKDE BUKTI INI FITNAH, DOSA KERING TAMBAHAN NIH!

Budak tadika lebih tahu dari Nazri
Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

(Gambar: Sidang media Wan Azizah yang berkata, "Itu bukan Anwar")

...

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.