Tuesday, April 19, 2011

PAS berjaya dapatkan kubur utk Melayu Pulau Pinang!

Salam,

Ramai org suka Islam, saya suka Islam. Saya mengerjakan rukun Islam dan saya yakin Islam yg terbaik. 'Agama disisi Allah hanyalah Islam'. Jika Islam dilaksanakan di Malaysia ni semua masalah selesai dan kita akan dikurniakan keamanan dan rezeki melimpah ruah dari sumber2 dari bumi dan langit. 

Siapa nk laksanakan Islam di Malaysia kita sokong!

TETAPI SAYA TK SUKA PAS. PAS hanya parti politik org Islam, PAS bukan agama. PAS banyak kelemahan dan cacat cela ttp pemimpin dan penyokongnya ramai yg perasan bagus. Mereka ramai yg menganggap puak mereka saja yg betul, org selain ahli PAS buat baik pun semua tk kena. Ini salah satu sebab saya tk sokong PAS.

Berkenaan dgn artikel di bawah, Anda boleh lihat betapa PAS perlu bijak bila berurusan dgn DAP. DAP memang banyak akal, kalau tk waspada kita umat Islam akan tertipu. Kita boleh lihat tiga perkara dlm artikel Harakah di bawah:

Point 1 - PAS kata Melayu Penang tk dipinggirkan, ini fitnah UMNO saja. Hujah pertama yg diutarakan ialah kerajaan DAP Penang selesaikan masalah kubur Melayu di Jelutong. HA HA HA selesai masalah kubur pun kira bela Melayu ka? Bukan bagi kubur supaya Melayu cepat mati ke? 

Point 2 - Peruntukan utk Hufaz, jabatan agama Islam dan universiti Islam telah ditambah. Memang elok, tp kena ingat bagaimana pula dgn pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan Melayu? Apa rancangan utk ubah nasib Melayu Penang yg dengarnya macam pelarian di negeri sendiri?

Point 3 - Ini ayatnya - 'Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini.' INILAH PERANGAI PAS, BILA ADA SALAH SENDIRI DIA MENUDING KPD ORG LAIN. INILAH SEBABNYA RAMAI ORG MENYAMPAH DGN PAS.

SEPATUTNYA DGN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL PAS BANTU ORG MELAYU ISLAM NI! JGN BENARKAN SESIAP ROBOH KEDAI ORG ISLAM, NK ROBOH MESTI BERI KEADILAN KEPADA PEMILIK DULU, MESTI TEGAS. 

KALAU PERANGAI PAS NI BAGUS SEMUA ORG SUKA, MCM RASULULLAH, PERANGAI BAGINDA MULIA JD RAMAI ORG MASUK ISLAM SEBAB AKHLAK RASUL.

PERANGAI PAS PULAK HUDUH, SIAPA NK SOKONG PAS?





Pinggir Melayu hanya dakwaan Umno BN
Fakhri Ali   

BAYAN LEPAS, 19 April: Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak dipinggirkan sebagaimana dakwaan pembangkang.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno dan BN yang senantiasa mengkritik setiap usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu di sini.

Beliau berkata, sehingga ini konflik yang timbul adalah bikinan Umno dan BN yang tidak dapat menerima hakikat mereka adalah pembangkang yang sah.

Katanya, sejak tiga tahun pemerintahan kerajaan negeri, masalah tanah perkuburan di Jelutong yang telah sekian lama tidak dapat diselesaikan semasa BN menerajui negeri ini, telah berjaya diatasi apabila kerajaan negeri membeli sebahagian dari tanah tersebut untuk diperuntukkan sebagai tanah perkuburan di Jelutong.

"Manakala para huffaz mendapat pengiktirafan setiap tahun dari kerajaan negeri. Ini tidak pernah dilakukan sebelum 2008 yang lalu. Peruntukan untuk hal ehwal agama Islam turut ditambah sejak 2008 dari RM12.5 juta sehinggalah kepada RM63.21 juta dalam tahun 2011.

"Kampus dari dua buah universiti terkenal di Timur Tengah akan diwujudkan di Pulau Pinang tidak lama lagi bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mendalami ilmu mereka dalam bidang agama Islam dan juga penyelidikan," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, turut menyeru pemimpin Umno dan BN supaya menjadi pembangkang yang baik dan bermoral di negeri ini.

Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini.

4 comments:

  1. SALAM KEDARAH TAIK BEWAK PEJUANG MELAYU ISAP PUNAI MAT MONGGOL......

    AKU TAK SUKA DACING SEBAB DACING ITU IALAH DANCING. PAKAI SONGKOK UNTUK WAT SOLAT BULIH PAKAI WAT JOGET.

    PARTI BEWAK NI ADALAH ISLAM SUKU POLITIK SUKU.

    he he he
    gurau ngan bewak

    ReplyDelete
  2. Tengok komen lordreid 6:14..

    Ini contoh perangai huduh yg tk boleh diikut. Bahasa mencarut dan tkde adab. Dan tk boleh menerima dan menjawab kritikan dgn rasional.

    Kalau lord reid ni penyokong parti pas maka siap nk kawan dgn lord reid? Siapa nk join parti lord reid?

    Saya tk mau..

    ReplyDelete
  3. matt, tak perlulah nak ikut bahasa lord reid, pepatah melayu dah menyebut, ambil yg jernih buang yg keruh. bukanke kita ni pejuang bangsa melayu? melayu yg bn pon aku tgok tak kurang biadapnya. stkt ni, aku tak jumpa lagi yg betul2 nk mpjuangkan melayu dan Islam. melayu maju krana Islam. aku tak bohong-sila rujuk buku tamadun melayu.

    ReplyDelete
  4. anon 10:37,

    setuju, melayu maju kerana Islam. saya pun sokong Islam cuma saya tk sokong PAS je.

    bila najib pelawa PAS bentuk pakatan dgn UMNO, PAS tolak dan PAS berpakat dgn DAP. bersekutu dgn org Islam UMNO dia taknak tp pilih utk berpakat dgn bukan Islam..

    ReplyDelete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.