Thursday, March 17, 2011

Harakah dan PAS: Beri keadilan kpd Saiful!

Kepada Harakah, penulisnya dan peminatnya, saya rasa ayat di bawah ini Anda perlu baca dan hayati:

"Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)"



Pada pemahaman saya, mengikut ayat di atas Harakah dan org PAS perlu adil kepada Saiful Bukhari (yg mendakwa dirinya diliwat pemimpin PR) walaupun org PAS benci kpd Saiful. Ayat di atas menunjukkan Allah SWT suruh kita berlaku adil walaupun individu berkaitan sangat kita benci.

Jika Harakah dan org PAS tk berlaku adil kpd Saiful (menolak mentah2 aduan dan sumpah beliau) maka mungkin org ramai boleh kata Harakah, PAS dan org-org PAS ni "ambik ugama suku, politik suku".. Anda faham maksudnya kan?



Monday, March 14, 2011

PAS: Terancamkah Melayu? SUDAH TAHU BERTANYA PULA..

Harakah bertanya - Terancamkah Melayu? Bukannya lagi terancam, dh dilanyak pun Melayu dan terkulai layu.

Org Melayu (rujuk definisi perlembagaan Malaysia utk tahu Melayu tu siapa) di Malaysia tk berani bersuara mempertahankan haknya takut hilang undi bukan Melayu.

BN dan juga PR kedua-duanya bodek pengundi bukan Melayu supaya dapat undi pengundi bukan Melayu! Tinggallah Melayu spt melukut ditepi gantang di tanah sendiri. Bila org Melayu dh kurang undi PAS baru PAS menggelabah..

Orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi iaitu org Melayu rata-ratanya berpendapatan kecil. Nk beli makanan berkhasiat utk anak dan nk bg pendidikan terbaik utk anak pun tk berapa nk mampu. Dari segi intelek pun kurang, kt sekolah anak Melayu dapat nombor corot . Dan kemahiran bekerja dan berniaga org Melayu tk setinggi kaum lain.

Apa agenda Harakah (dan PAS) utk memajukan org Melayu??? Sila jawap!

PAS, kalau pemimpin dan ahlinya matang dan perangai beradap pastilah disukai Allah dan akan disokong org.

Dan, Harakah kalau beritanya adil, matang dan bernas pastilah ramai2 kita sokong dan rujuk. Tapi, minta maaf la, sesetengah berita (saya kata 'berita' bukan tazkirah agama ye) yg ditulis di Harakah lebih sesuai digunakan utk lap ponggong daripada untuk dibaca..


PRU 13: Terancamkah kuasa Melayu?
Harakahdaily   
 
KOTA BHARU, 14 Mac: Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang dan Perak pada 8 Mac lalu tidak diterima Umno apabila mereka mendakwa ketuanan Melayu semakin terancam di negeri tersebut.

Benarkah begitu, atau sekadar omongan bersifat politik bagi memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Malah ekoran peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan lahir banyak badan bukan kerajaan kononnya berjuang bagi membela nasib Melayu di negeri terbabit.

Oleh itu bagi melihat secara realiti apakah benar-benar nasib orang Melayu terancam sekarang, kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana perdana pada 18 Mac ini bagi membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam.

Wacana tersebut bertajuk ”PRU 13: Terancamkah Kuasa Melayu?” akan diadakan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Ahli panel yang diundang mengupas isu terbabit iaitu Presiden Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIKIR), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abdul Samad.

Manakala Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi UKM bertindak sebagai moderator.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi Negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pada awalnya pihak penganjur menjemput Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, namun beliau menolak dan tempatnya digantikan Dr Asyraf Wajdi.

”Tajuk tersebut menjadi pendebatan hangat sekarang. Benarkah kuasa politik orang Melayu benar-benar terancam.

”Ini kerana Umno menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam teruk di Pulau Pinang dan Selangor. Dalam isu ini biarlah rakyat yang menjadi hakimnya,” kata beliau di sini.

Wacana Perdana tersebut merupakan siri ke-7 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.