Tuesday, April 12, 2011

Harakah Menang Sorak Islam Tergadai!

Salam,

Kecoh dalam Harakah mengatakan Pakatan Rakyat mendapat sokongan besar di Sarawak (sebagai contoh lihat keratan artikel di bawah). DAP dikatakan boleh menang sehingga 15 kerusi, PKR boleh sampai 15 kerusi dan paling menonjol PAS boleh menang 1 kerusi, YAHOOOO!

Ye, Harakah dan PAS ada harapan menang 1 kerusi. DAP hentam UMNO, PAS tumpang sekaki; PKR fitnah Najib, PAS join sekaki; (seseorang langgan pelacur, PAS join sekaki juga?); hasilnya menang 1 kerusi. 

Kalau PR menang yg akan jadi Ketua Menteri mesti dari PKR (Baru Bian) atau dari DAP. PAS menang 1 kerusi dan jd badut di Sarawak, nk haramkan judi pun kena minta kebenaran dgn DAP!

Harakah dan PAS silap pilih kawan, DAP memang bukan Islam dan PKR pulak parti pluralisma. PAS patut bersekutu dgn UMNO, kalaupun UMNO ni tk seIslamik PAS anggaplah ia sebagai rakan Islam yg perlukan bimbingan. 

Cuba bayangkan jika PAS bersatu dgn UMNO, aspek keagamaan PAS boleh handle dgn bagus spt di Kelantan dan Selangor, aspek keduniaan iaitu memajukan negara UMNO boleh buat dgn baik (negara kita maju di bawah pemerintahan UMNO). Jadi Malaysia ni akan bagus dari sudut agama dan keduniaan - Malaysia boleh jadi negara Islam no. 1 dunia jika PAS bersekutu dgn UMNO!

Kalau PAS bersekutu dgn UMNO konfirm PAS menang pilihanraya dan boleh perintah Malaysia dgn UMNO. Nk haramkan judi, arak, zina, dan dosa2 lain tkde siapa boleh menentang..

Apa dalilnya PAS menolak pelawaan Najib utk bersekutu? 

PAS sanggup berpakat dgn DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh) dan PKR utk menjatuhkan org Islam UMNO, kebejatan PAS ni kami umat Islam Malaysia sukar nk maafkan..


BN Sarawak kini hadapi masalah besar
Harakahdaily     

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.



Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.

...
Dalam pilihan raya ini, Pakatan meletakkan 71 calonnya iaitu di kesemua kawasan pilihan raya. PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 dan selebihnya (51) adalah PKR.

Menurut kajian Merdeka Centre sebelum hari penamaan calon, DAP boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi dan tidak mustahil menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya. Ketika itu, mereka belum dapat kenal pasti kedudukan PKR dan PAS.

Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.