Sunday, March 6, 2011

PAS Tak Menang!

PAS tak menang pilihan raya di Kerdau dan Merlimau.Tahniah BN, BN adalah pilihan terbaik yang ada.

60 tahun PAS berjuang di Malaysia, tak menang. Islam agama yang unggul tapi PAS tak unggul. PAS kena muhasabah.

Daripada pemerhatian kami PAS dan ahlinya selalu angkuh dan Allah (dan juga manusia) tak suka orang-orang yang angkuh. Sebab tu tak menang.

Ingatlah Tuan-tuan:

1. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS, PAS hanya salah satu parti politik orang Islam

2. Jadi, Islam agama kita itu memang sempurna tetapi parti PAS tu ada salah silapnya

3. PAS akan menang jika dia berdakwah macam Rasululullah - sabar, bijak dan penuh kasih sayang; bukan angkuh, syok sendiri dan maki hamun

Petikan dari Utusan:


BN menang kedua-dua kerusi

06/03/2011 8:34pm

MERLIMAU 6 Mac - Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Kita tunggu apa kata Harakah..

No comments:

Post a Comment

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.