Tuesday, March 29, 2011

Harakah belajar drpd Nazri Aziz!

Bismillah, moga Allah berkati usaha saya ni dan ampunkan saya jika ada salah dan silap..

Datuk Seri Nazri Aziz tk perlukan diperkenalkan lagi. Dia 'penjaga' parlimen. Satu perkara yg baik tentang Nazri Aziz ialah dia tak berebut kuasa dalam pemilihan UMNO. Cuma alangkah indahnya kalau Nazri Aziz yg 'gagah' ni lebih pro Islam dan memelihara 'keIslaman' Malaysia ni..

Satu lg kebagusan Nazri Aziz ni ialah dia mampu bantai Lim Kit Siang, Karpal Sigh dan Mr Ketua Pembangkang di parlimen dan juga luar parlimen. Sekali Nazri Aziz bantai memang kalah flat la otai-otai pembangkang ni, memang puas hati kalau tgk..

HARI NI HARAKAH DEDAHKAN SATU LG SIFAT MULIA NAZRI AZIZ IAITU DATUK NI MENGAKU SILAP BILA DIA TERSILAP (RUJUK KERATAN HARAKAH DI BAWAH).

CUMA KITA NK TANYA KEPADA HARAKAH DAN PAS - BILA NK BERSIFAT MENGAKU SILAP DIRI SENDIRI BILA MEMBUAT SALAH?

HARAKAH DAN PAS NI APABILA ADA KESILAPAN ATAU KELEMAHAN ASYIK NK MENYALAHKAN ORANG JE. KALAH PILIHANRAYA PUN SALAHKAN UMNO, KELANTAN TK MAJU PUN SALAHKAN UMNO, MUKA TAK MASUK TV SALAH UMNO..

KALAU PARTI PEMBANGKANG NI PERINTAH MALAYSIA DAN MALAYSIA NI JADI TK MAJU, SIAPLA DIA AKAN SALAHKAN US, JEPUN, RUSIA, INDONESIA, SEMUA SALAH.  JGN TK SANGKA, MUNGKIN RAKYAT PUN DISALAHKAN JUGA NANTI..

PARTI PEMBANGKANG JE TAK SALAH, PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA NI MENGIDAP SINDROM 'PERASAN BAGUS'..




Akta perlindungan: Nazri mengaku silap beri kenyataan

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya.

Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind.

"Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri...

No comments:

Post a Comment

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.