Friday, April 1, 2011

Kualiti Berita Harakah - Mengharukan...

Salam,

Sesebuah akhbar mestilah memaparkan berita yg berkualiti. Berita yg berkualiti menggambarkan pemilik akhbar tersebut adalah pihak yg berwibawa (dan boleh memerintah negara jika pemilik ini ialah parti politik). Jika sesebuah akhbar memaparkan berita atau artikel tak berkualiti maka org ramai tahu tahap pemikiran dan kebolehan pemilik akhbar tersebut.

Juga, jika sesebuah akhbar (termasuk akhbar online) memaparkan berita tahap tk berkualiti akhbar tersebut seperti 'menghina kebijaksanaan pembaca'; dlm english - 'insulting the reader's intelligence or intellect'.

Lihat artikel Harakah yg saya copy n paste dibawah (yg baru keluar hari ni). Ayat pertama artikel menerangkan idea keseluruhan artikel, ini ayatnya -

"KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu."


2 aspek kualiti idea yg dipaparkan yg kita boleh lihat:

1. Ayat pertama ini berlawanan dgn pendirian pemimpin tertinggi PAS yg mana mereka tk mahu langsung tengok video tersebut dan mendakwa video tersebut adalah fitnah. Berita ini adalah gesaan supaya video ini disiasat; jika dh fitnah pastilah sepatutnya PAS dan Harakah tulis gesaan supaya video itu tk perlu disiasat.

Persoalan yg timbul ialah mengapa perkara yg berlawanan dgn pendirian PAS keluar dlm akhbar Harakah Online? Adakah tindakan memaparkan artikel ini adalah tindakan Harakah yg bijak?

2. Artikel ini menyatakan KPN diminta menyiasat siapa di dalam video bukan video itu tulen atau palsu. Ini ialah gesaan yg kurang bijak kerana penulis artikel mestilah tahu logik bahawa penyiasatan polis dilakukan secara berperingkat. Logiknya polis mesti pastikan video itu tulen dahulu. Selepas pasti video itu tulen barulah polis akan siasat siapa bintang filemnya iaitu identiti bintang filemnya.

Jika video itu tidak tulen tk payah lah polis siasat, buat habis bajet je.

Kalau logik pun Harakah tk berapa paham macamana nk menulis artikel yg berkualiti? Macamana nak menjadi akhbar berwibawa?

Kalau Harakah tk faham logik maknanya PAS pun tk faham logik, maka kalau logik pun tk faham macamana nk perintah negara? 

Video: Isunya bukan tulen tetapi siapa dalamnya
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. (gambar)

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera.

Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.

Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.

"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.

Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.

Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi  Ahmad dalam Twitternya berkata,  walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.

"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.

3 comments:

  1. MOHON LINK BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TQ

    ReplyDelete
  2. setuju. dulu harakan keluarkan tajuk Teoh Beng Hoch Mati Dibunuh? ini semua fitnah, niat HARAKAH dah jelas, nak rakyat fikir yang TBH mati dibunuh..bukankah itu sangat tidak bertanggungjawab???

    ReplyDelete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.