Saturday, May 14, 2011

Harakah & Video Seks Anwar & VCD Cetak Rompak!

Salam,

Saya baru balik dari pasar malam tadi. Di pasar malam ada gerai jual vcd dan dvd, saya tgk ada nasyid yg bagus utk anak saya dan saya beli satu. Kebanyakan gerai cd dan vcd agama di pasar2 malam saya rasa penjualnya ahli pas. Sebab selain vcd nasyid ada juga dijual vcd ceramah pemimpin pas dan pakatan. Penjualnya pun kalau wanita mesti bertudung labuh, jadi mungkin ahli pas lah (atau mungkin ahli DAP); kalau mereka anggap pas tu agama maka mereka tu penganut ugama pas hehehe..

Cuma saya tengok perangai penjual cd pas ni mereka menjual sama vcd cetak rompak kartun tempatan terutamanya kartun Upin & Ipin. Kalau ada di antara tuan2 ni ahli pas maka tegurlah penjual cd pas, katakan 'menjual cd cetak rompak tu hasilnya haram'. Jual cd cetak rompak adalah seperti menjual barang curi! Saya dh cakap kpd dua gerai, harap tk berlaku lagilah..

Bila cerita tentang vcd ni, boleh la kita bercerita tentang video seks yg berkaitan dgn anwar ibrahim juga. Saya ada baca presiden pas haji hadi pernah kata lebih kurang begini 'Aib/keburukan pemimpin boleh didedahkan kerana umat perlu tahu supaya umat boleh memilih pemimpin yg elok dan menolak pemimpin yg tk elok'. Saya setuju, jadi saya setuju jika didedahkan video ni dan diberi kepastian oleh pihak berkuasa samada pelaku video itu 'lakonan' si ketua pembangkang atau tidak. 

Kalau si anu bukan pelakon dlm video seks tu maka bersihlah dia tetapi jika si anuwau adalah pelakon dlm video tu maka takkanlah pas mahu si anu kekal menjadi ketua pembangkang? dan seterusnya menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pru-13. Kepada pas, jgn sokong ketua pembangkang tu membabi buta. DAP pun tk sokong ketua pembangkang membabi buta walaupun depa makan babi. Kenapa bodoh sangat?

Tengok artikel Harakah di bawah. Saya rasa artikel yang ditulis adalah propaganda utk mengatakan ketua pembangkang tu suci murni. Tuan2 boleh menilai sendiri:

Dari artikel ni kita dapat lihat ada dua perkara yg tk patut telah dibuat. Pertama dasar 'double standard' bila anuwar dituduh buat salah video yg sahih pun PAS tk mahu terima sbg bukti. Cuba video tu mengandungi perlakuan ahli umno maka saya rasa ramai ustaz pas akan caci maki mcm orang kata mat sabu caci maki anwar sbg al-juburi dulu. 

Kedua, Syeikh Dr Wahbah ni tk tau hujung pangkal pasal video ni tiba2 dia kata anwar suci bersih, ini tk sepatutnya berlaku. Allah lebih tahu.


Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.  Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H...

4 comments:

  1. Oleh yang demikian pihak POLIS atau JPJ tidak boleh mengggunakan Speed trap berkamera untuk memerangkap pemandu...sebab mungkin gambar diubah suai...dan tak ada kredibiliti ...walau pun no kenderaan sama...

    ReplyDelete
  2. sepatutnya nasihat ulama dari syiria yang berbunyi "sangat wajar anwar mengadu kepada allah" - kenapak perkara ini tidak diberi fokus - Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," apakah maknanya di sini. adakah sukar untuk difahami. kalau tak faham makanya di sini saya huraikan - maknanya anwar dan penyokong-penyokongnya hendak membuat solat hajat banyak-banyak, pakat baca yasin ramai-ramai dan amalkan sehingga 40 malam dan berdoalah, saya ulang dan berdoalah. dua musibah utamayang menimpa anwar (1) kes anwar meliwat saiful - alangkah baiknya jika puak-puak pas pakat-paat berdoa sekirnya saiful menfitnah - saiful dilaknat dan sekiranya anwar memang benar meliwat saiful maka anwar dilaknat sebagaimana kaum ad dan samud. (2) kes vcd prono maka mohonlah allah turunkan bala dan azab yang amat pedih kepada pelakun prono yang menyamar sebagai anwar ibrahim tu. apakah anwar dan kumpulannya takut untuk melakukan doa tersebut. janganlah diheret rakyat dengan demontrasi (setan trasi) kononnya membela keadilan.

    ReplyDelete
  3. anon 1.26 am...komen anda sgt dipersetujui .Ini lah tindakan sebenar perlu dilakukan oleh PAS dan ahli PR yg lain jika benar mereka mahu menegakkan Islam itu sebagai Addin.Nampaknya sehingga saat ini tindakan sedemikian tidak dilakukan kerana ianya tidak menguntungkan mereka terutama dlm segi survival politik jumud yg menjadi amalan PR selama ini.Semoga Allah membuka mata hati dan pemikiran mereka utk berubah ..

    ReplyDelete
  4. Pengumuman.
    Disebabkan cctv, rakaman video atau audio "tidak boleh" dijadikan rujukan sah maka semua syarikat pembekal peralatan tersebut dinasihatkan untuk menutup saja operasi syarikat atau menukar jenis perniagaan.
    Ini kerana semua premis termasuk bank-bank, kedai-kedai, sekolah, pejabat kerajaan, lebuhraya, rumah kediaman dan sebagainya tidak akan lagi menggunakan "peralatan tak guna tu" kerana sebarang rakaman tidak lagi boleh dijadikan bukti berdasarkan kes rujukan Anuwar Ibrahi vs Kerajaan Malaysia".

    ReplyDelete

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.