Thursday, March 24, 2011

Apa Harakah tulis tentang Video Anwar Ibrahim!

Tuan-tuan biasa dengar tak pemimpin PAS kata media arus perdana tk membuat laporan yang adil kepada Parti PAS dan aktivitinya? Biasa kan..

Itulah orang kata PAS cakap tk serupa bikin, cuba tengok tulisan Harakah (di bawah) tentang video Anwar Ibrahim. Adakah artikel Harakah di bawah membuat laporan yang adil kepada Datuk T (trio)?



Nampak mcm Harakah nk tunjukkan yang Datuk Eskay pulak pelakon utama dlm video lucah tersebut.

Itu yg saya kata, berita tulisan Harakah elok dibuat lap ponggong je (tapi tazkirah agama tu memang bermanfaat kepada umat).

Apa pendapat Tuan-tuan?

Eskay akui beliau dalam video seks
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer - Jika Anda menulis komen maka Anda bertanggungjawab terhadap komen yang Anda tulis jika ianya menyalahi undang2 atau didakwa di mahkamah. Pemilik blog HarakahX tidak akan bertanggungjawab terhadap komen pembaca.